Skip to main content

Hiburan

FINAS Sasar 10 Filem Tempatan Tembusi Kutipan RM10 Juta Tahun Ini

FINAS Sasar 10 Filem Tempatan Tembusi Kutipan RM10 Juta Tahun Ini

Sekilas

  • FINAS menyasarkan 10 filem tempatan mampu capai kutipan pecah panggung RM10 juta tahun ini sebagai tanda peningkatan kualiti industri filem Malaysia.
  • Lima filem sudah melepasi sasaran itu termasuk Tarung: Unforgiven (RM23.6 juta) dan Polong (RM15 juta), dengan beberapa filem lain bakal menyusul sepanjang tahun.
  • Jumlah kemasukan penonton filem tempatan bagi enam bulan pertama 2026 mencecah 7.55 juta, mengatasi filem Hollywood yang mencatat 6.94 juta kemasukan.
Advertisement

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyasarkan sebanyak 10 filem tempatan mampu melepasi kutipan pecah panggung RM10 juta sepanjang tahun ini sebagai penanda aras terhadap peningkatan kualiti industri perfileman negara.

Berdasarkan infografik dikongsikan di Instagram FINAS, lima filem tempatan setakat ini sudah mencatat kutipan melebihi RM10 juta iaitu Tarung: Unforgiven sebanyak RM23.6 juta, Polong (RM15 juta), Lubang Libu (RM14.1 juta), Malaikat Malam (RM12.2 juta) serta Ah Beng vs Liang Po Po dengan RM10 juta.

Advertisement

 

 Beberapa lagi judul tempatan yang bakal menemui penonton tahun ini turut dilihat berpotensi membantu mencapai sasaran berkenaan termasuk Chelot pada 27 Ogos, TERBANG (17 September), RAGA (5 November), Takluk 2: Op Daulat (26 November) serta Kudrat 1968: High Council yang dijadualkan ditayangkan tahun ini.

Pencapaian tersebut turut seiring peningkatan sambutan terhadap filem tempatan apabila jumlah kemasukan penonton bagi tempoh enam bulan pertama 2026 mencecah 7.55 juta, mengatasi filem Hollywood yang merekodkan 6.94 juta kemasukan.

Angka itu menyaksikan filem tempatan berada di hadapan dengan perbezaan kira-kira 610,000 kemasukan bagi tempoh Januari hingga Jun.

Bagaimanapun, berdasarkan pecahan suku kedua 2026 dalam infografik sama, filem tempatan merekodkan 4.378 juta kemasukan berbanding 4.403 juta bagi filem Hollywood.

Prestasi filem tempatan sepanjang tahun ini menunjukkan hasil yang positif terhadap penerimaan penonton terhadap karya tempatan selain menjadi ukuran terhadap peningkatan mutu penerbitan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

FINAS turut menyifatkan sokongan penonton Malaysia sebagai antara pemacu utama kepada kejayaan filem tempatan selain mahu terus memperkukuh hubungan antara karya tempatan dengan khalayak.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement