Skip to main content

Hiburan

Fipper & Soloz Kembali Berkolaborasi, Lancar Koleksi Eksklusif Edisi Kedua

Astro Gempak 235

Sekilas

  • Jenama sandal tempatan Fipper mengumumkan kerjasama kedua bersama pemain e-sukan terkenal, Soloz, dengan melancarkan koleksi eksklusif terbaru.
  • Koleksi Fipper x Soloz kali ini menawarkan variasi rekaan termasuk slide dan refit, memberi pilihan lebih luas kepada pengguna.
  • Kolaborasi pertama sebelum ini mencatat kejayaan besar dengan stok habis terjual dalam masa singkat, menjadikan kerjasama kali kedua ini sangat dinantikan.
Advertisement

Jenama sandal terkenal tempatan, Fipper dengan bangga mengumumkan kerjasama strategik kali kedua bersama pemain e-sukan terkemuka negara, Soloz menerusi pelancaran koleksi eksklusif terbaharu.

Koleksi Fipper x Soloz ini direka khas buat peminat setia Fipper dan penggemar Soloz, sekali gus mengukuhkan lagi pengaruh jenama tersebut dalam industri e-sukan Malaysia.

Advertisement

Lebih membanggakan, kolaborasi pertama sebelum ini mencatat kejayaan cemerlang apabila kesemua stok habis terjual dalam tempoh yang singkat. 

Berkongsi perasaannya mengenai kolaborasi kedua ini, Soloz mengakui pada awalnya dia tidak menjangkakan sambutan luar biasa yang diterima bagi edisi pertama.

“Alhamdulillah. Masa yang pertama itu memang kami tak jangka sampai ke tahap itu. Sebenarnya ini kali kedua, jadi kali kedua ini kita pun tahu mungkin orang dah tahu tentang kolaborasi Fipper dengan saya.

“Tapi saya pun takut juga. Saya ni apa lah sangat di mata umum di Malaysia. Tapi disebabkan kolaborasi pertama berjalan lancar, jadi kali kedua ini kita setuju untuk buat sama-sama,” katanya.

Menurut Soloz, koleksi kali ini tampil dengan kelainan berbanding sebelum ini yang hanya menampilkan rekaan jenis ‘refitt’.

“Kalau sebelum ini kita buat semuanya jenis slide, kali ini kita pecahkan. Kita keluarkan juga versi refit, jadi sekurang-kurangnya ada variasi.

“Pengguna boleh pilih sama ada suka slide atau refit, ataupun nak ambil kedua-duanya. Mungkin ada yang jenis collector,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia teruja kerana ini merupakan kali pertama kolaborasi tersebut diulang selepas kejayaan terdahulu.

“Untuk keluaran kali ini saya rasa sangat excited sebab ini kali pertama saya buat repeat kolaborasi. Saya rasa gembira dan harap peminat teruja juga,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

YONEX MACH 3 Series Badminton Shoes ( ADULT ) | TruShape | Hexa-Grip | Double Mesh

YONEX MACH 3 Series Badminton Shoes ( ADULT ) | TruShape | Hexa-Grip | Double Mesh

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Caramel B22WLSI005

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Caramel B22WLSI005

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

Must Watch Video

Advertisement