Skip to main content

Muzik

Firdaus Rahmat Terharu, ‘Speechless’ Lagu Dipilih Siti Nurhaliza Untuk Album Gema Bumantara - “Bila Dapat Tahu, Terus Saya Jadi Beku”

Firdaus Rahmat Terharu, ‘Speechless’ Lagu Dipilih Siti Nurhaliza Untuk Album Gema Bumantara

Sekilas

  • Firdaus Rahmat berasa terharu dan tidak percaya dapat bekerjasama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, idola ramai penggiat seni tanah air.
  • Lagu ciptaannya, Kumbang Bunga, dirakamkan oleh Datuk Siti secara duet bersama penyanyi Indonesia, Lesti Kejora.
  • Pengalaman ini dianggap rezeki besar dan sangat bermakna dalam perjalanan karier Firdaus sebagai pencipta lagu.

Penyanyi dan komposer, Firdaus Rahmat meluahkan rasa terharu dan tidak percaya apabila diberi peluang keemasan untuk bekerjasama dengan figura terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi idola ramai penggiat seni.

Menurut Firdaus, peluang itu dirasakan bagai mimpi yang menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi apabila melihat penyanyi nombor satu negara itu merakamkan lagu ciptaannya sendiri iaitu Kumbang Bunga duet bersama penyanyi Indonesia, Lesti Kejora.

“Rasa macam mimpi dapat bekerja dengan Datuk Siti. Dah masuk untuk sesi rakaman pun saya masih rasa tak percaya dengan situasi tersebut.

“Rasa sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Datuk Siti, terima kasih kerana memberikan saya peluang keemasan ini pada saya untuk berkarya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Firdaus lagi, pengalaman itu adalah sesuatu yang amat besar maknanya dalam perjalanan kariernya sebagai pencipta lagu.

“Untuk Datuk Siti menyanyikan hasil karya kita itu adalah boleh dikatakan semua karyawan impikan. Saya rasa sangat ‘speechless’, terima kasih Datuk Siti.

“Macam macam bermain dalam fikiran saya sebab sejujurnya saya tidak meletakkan sangkaan atau penerimaan yang tinggi untuk lagu itu diterima Datuk Siti.

“Tapi alhamdulillah diterima, saya rasa ini memang rezeki anak lah orang kata,” ujarnya.

Saksikan temu bual penuh secara eksklusif bersama Firdaus di atas.

Must-Watch Video

Advertisement