Skip to main content

Hiburan

Foto Bersama Keluarga Tular, Fazura Ulas Soal Jodoh Dengan Que Haidar - “Kalau Dia Orangnya Dia Lah…”

Foto Bersama Keluarga Tular, Fazura Ulas Soal Jodoh Dengan Que Haidar - “Kalau Dia Orangnya Dia Lah…”

Sekilas

  • Pelakon Nur Fazura menjelaskan foto pertemuan keluarganya dengan keluarga Que Haidar yang tular adalah untuk mengeratkan silaturahim selepas mereka bersahabat lebih 20 tahun.
  • Fazura berkata hubungan mereka kembali rapat selepas bertemu semula di Jakel dan mereka sudah saling mengenali perangai masing-masing.
  • Fazura belum bercakap soal jodoh dan menyerahkan urusan itu kepada ketentuan Allah sambil menghargai doa baik daripada orang ramai.
Advertisement

Pelakon Nur Fazura menjelaskan foto yang memaparkan pertemuan keluarganya bersama keluarga aktor Que Haidar yang tular dalam media sosial baru-baru ini bertujuan mengeratkan silaturahim.

Menurut Fazura, tiada salahnya kedua-dua keluarga bertemu memandangkan dia dan Que sudah bersahabat lebih 20 tahun.

“Apa salahnya keluarga saya dan keluarga Que bertemu untuk mengeratkan silaturahim sebagai umat Islam. Untuk ke depan saya tak berani komen panjang.

“Ya, boleh dikatakan Que ialah lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini. Kami pun dah bersahabat lama, lebih 20 tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai hubungan mereka, Fazura berkata, persahabatan lama itu membuatkan mereka sudah mengenali perangai masing-masing.

Katanya, hubungan mereka kembali rapat selepas bertemu semula di Jakel.

“Jadi kami pun dah tahu perangai masing-masing luar dalam. Bila jumpa balik di Jakel, kami kembali rapat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Fazura belum berani memperkatakan soal jodoh dengan Que dan memilih menyerahkan urusan tersebut kepada ketentuan Allah.

Menurutnya, mereka sepakat mendoakan jodoh yang mendapat keredaan-Nya, selain menghargai doa baik daripada orang ramai.

“Saya dan Que sudah sepakat, doa kami adalah jodoh yang Allah redai. Nak cakap pasal jodoh, kami tak berani nak sebut.

“Tetapi terima kasih kepada yang mendoakan kami. Doa saya, supaya dikurniakan jodoh yang Allah redai, jika dia ialah orangnya, maka dialah. Kalau orang lain, orang lainlah. Kita doakan yang baik-baik,” tuturnya.

Terdahulu, foto pertemuan keluarga Fazura bersama keluarga Que tular dalam media sosial sehingga mengundang perhatian ramai mengenai hubungan mereka.

Kedua-dua pelakon itu juga sebelum ini dilihat sering berbalas komen mesra dalam media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

Must Watch Video

Advertisement