Skip to main content

Kpop

Foto di Vietnam Cetus Spekulasi Aktor Kim Yoo Jung dan Kim Do Hoon Bercinta

kim

Aktor Kim Yoo Jung dan Kim Do Hoon didakwa menjalin hubungan selepas dilihat berada di lapangan terbang Vietnam pada Mei lalu sehingga menjadi perdebatan di komuniti atas talian.

Foto mereka bersama telah mencetuskan gosip keduanya sedang menjalin hubungan intim.

Advertisement

Ironi, keduanya tidak mempunyai hubungan istimewa. Keberadaan mereka di Vietnam juga sebenarnya bukan untuk bercuti bersama sebagai pasangan kekasih.

Sebaliknya, Yoo Jung dan Do Hoon berada di Vietnam bersama tim produksi projek terbaharu mereka, Dear X.

“Kami sudah bertanya kepada Kim You Jung mengenai gosip cinta dengan Kim Do Hoon. Ia tidak benar.

“Mereka bercuti di Nha Trang, Vietnam bukan berdua sebaliknya bersama rombongan tim Dear X untuk meraikan selesai penggambaran projek tersebut,” ujar agensi Yoo Jung, awesome.ent, seperti dilaporkan Soompi.

Kenyataan sama menyebut: “Setelah penggambaran selesai, sutradara Lee Eung Bok bersama Kim Yoo Jung, Kim Do Hoon dan tim semuanya pergi bercuti bersama.

“Namun foto tersebut membuatkan ia nampak seperti hanya mereka berdua yang bercuti. Gosip mereka bercinta tidak benar.”

Senada dengan Kim Yoo Jung, agensi Kim Do Hoon, PEAK J, juga menafikan artisnya sedang hangat bercinta.

"Gosip cinta antara Kim Do Hoon dan Kim Yoo Jung tidak benar. Itu adalah rombongan yang turut disertai oleh sutradara dan tim drama terbaru mereka. Mereka tidak bercuti berdua,” jelas PEAK J.

Must-Watch Video

Advertisement