Sekilas
- Abby Abadi menafikan dakwaan bahawa dia cuba mendapatkan pasangan lebih muda dan ditinggalkan, menjelaskan hubungan dengan Zul Ariffin berakhir kerana tidak serasi.
- Abby menegaskan dia yang meninggalkan Zul dan tiada campur tangan pihak lain dalam perpisahan mereka.
- Pelakon itu juga menjelaskan perceraian rumah tangganya adalah atas permintaannya sendiri dan menegur individu yang membuat dakwaan tanpa fakta.
Pelakon Abby Abadi terpanggil memperbetulkan dakwaan seorang individu yang mengaitkan kisah lamanya bersama aktor Zul Ariffin selepas foto mereka kembali dikongsikan dalam media sosial.
Menerusi Threads, individu terbabit mendakwa Abby pernah cuba mendapatkan pasangan lebih muda sebelum akhirnya ditinggalkan.
Tidak berdiam diri, Abby tampil menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak tepat selain menegaskan hubungan mereka berakhir kerana tidak serasi.
“Tak kena tinggal la. Saya yang tinggal Zul sebab tak serasi bersama. Tak ada jodoh tapi tak kacau hak siapa-siapa,” tulisnya.
Dalam respons sama, Abby turut menyentuh mengenai rumah tangganya terdahulu dengan menegaskan perceraian yang berlaku juga atas permintaannya sendiri.
“Bercerai pun saya yang minta cerai, okey. Sekian.
“Tak payah meraban berlebih-lebih sangat. Dapatkan nafkah saya yang tertangguh dulu kalau nak sibuk sangat,” katanya.
Sumber: Threads