Skip to main content

Selebriti

The Furious: Penonton Beri Rate A++, Fighting Scene Zul Ariffin Top Notch! - “Muscle Definition Memang Top! Selari Dengan Jalan Cerita”

Zul

Sekilas

  • Filem aksi tempatan The Furious: Pertaruhan Maruah mendapat maklum balas positif dengan pujian khusus untuk lakonan utama Zul Ariffin.
  • Penonton memuji babak pertarungan realistik dan plot twist yang menarik dalam filem ini.
  • Filem ini mengisahkan dua beradik yang bersatu semula untuk mempertahankan maruah keluarga selepas penghinaan terhadap arwah bapa mereka.

Filem aksi tempatan The Furious: Pertaruhan Maruah terus menerima maklum balas positif daripada penonton.

Rata-rata penonton meluahkan rasa puas hati terhadap lakonan aktor Zul Ariffin yang memegang watak utama sebagai Firdaus dalam filem tersebut.

Malah, penonton juga menyifatkan persembahan Zul dalam filem berkenaan merupakan antara yang terbaik sepanjang karier pelakon tersebut.

“Dalam banyak banyak filem Zul Ariffin, filem yang ni paling mantap lakonan dia, muscle definition memang on TOP selari dengan jalan cerita filem yang sangat smooth.

“Orang-orang yang asal Taiping Perak ni memang berdedikasi dan konsisten orangnya. Tiber. Cerita best, fighting scene cun, berbaloi,” coret individu yang dikenali sebagai @coachamar86.

Selain pelakon, babak pertarungan yang dipersembahkan secara realistik dan juga elemen plot twist filem itu juga membuatkan ada penonton yang memberikan rating The Furious: Pertaruhan Maruah ini A++.

“Dalam banyak banyak filem, cerita yang paling best yang aku nak bagi rating A++ adalah cerita The Furious.

“Plot cerita memang banyak plot twist, full of motivation scene, yang paling sedih cerita ni memgisahkan anak kepada legenda tinju yang nak mempertahankan maruah keluarga,” kongsinya.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan sebuah filem arahan Heng Aik Siong yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

The Furious: Pertaruhan Maruah telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement