Skip to main content

Hiburan

G-Dragon Tak Pandai Guna ‘Mobile Banking’, Rupanya Ada Pengurus Kekayaan Urus Kewangan

Pengakuan mengejutkan itu dibuat menerusi episod terbaharu program web varieti Pinggyego yang disiarkan di saluran YouTube DdeunDdeun pada 22 Ogos waktu Korea Selatan.

Sekilas

  • G-Dragon mengaku tidak tahu menggunakan perbankan mudah alih walaupun terkenal sebagai bintang K-pop yang moden.
  • Dia mempunyai pengurus kekayaan yang membantu menguruskan kewangan, pelaburan dan asetnya.
  • Kekayaan bersih G-Dragon dianggarkan sekitar RM215 juta hingga RM220 juta daripada pelbagai sumber termasuk muzik dan perniagaan fesyen.
Advertisement

Siapa sangka di sebalik imejnya sebagai antara bintang K-pop paling berpengaruh, G-Dragon sebenarnya mengaku tidak tahu menggunakan mobile banking atau perbankan mudah alih!

Pengakuan mengejutkan itu dibuat menerusi episod terbaharu program web varieti Pinggyego yang disiarkan di saluran YouTube DdeunDdeun pada 22 Ogos waktu Korea Selatan.

Advertisement

Dalam episod berkenaan, Haha berkongsi mengenai kesukarannya menggunakan kiosk atau mesin sebelum bertanya kepada Yoo Jae Suk sama ada dia boleh menguruskan urusan perbankan menerusi telefon.

Yoo Jae Suk pantas menjawab ‘boleh’.

Namun, G-Dragon secara tiba-tiba mengangkat tangan lalu mengaku: “Saya tak boleh.”

Jawapan itu membuatkan Yoo Jae Suk dan Haha terkejut, lapor AllKPop.

“Kalau tak boleh uruskan perbankan, macam mana? Bagaimana dengan aset awak?” usik Yoo Jae Suk.

Haha pula mencelah: “Apa awak nak buat dengan semua duit itu?”

G-Dragon kemudian menjelaskan dia mempunyai pengurus kekayaan atau individu profesional yang membantu menguruskan hal kewangan, pelaburan dan asetnya.

Bagaimanapun, jawapan itu membuatkan kedua-dua mereka semakin risau.

“Walaupun ada orang uruskan untuk awak, awak tetap perlu periksa,” ujar mereka.

Haha kemudian berseloroh, “Awak percayakan dia? Awak percaya orang?”

Haha turut mendedahkan dia lebih gemar pergi sendiri ke bank kerana  tidak begitu mempercayai mesin.

G-Dragon kemudiannya menjelaskan dia sebenarnya selesa berurusan secara bersemuka.

“Saya boleh pergi ke bank dan bercakap dengan kakitangan di sana, tetapi saya tak boleh buat semua itu melalui telefon,” jelasnya.

Pengakuan tersebut mengundang gelak tawa kerana ia memperlihatkan sisi G-Dragon yang cukup tradisional dan tidak begitu celik teknologi dalam urusan perbankan, walaupun dirinya dikenali sebagai antara ikon paling moden dalam dunia K-pop.

Dalam pada itu, jumlah kekayaan G-Dragon turut menjadi perhatian selepas pengakuannya mengenai pengurusan kewangan.

Bagaimanapun, jumlah kekayaan sebenar penyanyi Power itu tidak pernah disahkan secara rasmi oleh dirinya atau pihak pengurusannya.

Berdasarkan anggaran laman kewangan selebriti, kekayaan bersih anggota BIGBANG itu dianggarkan sekitar AS$50 juta, bersamaan kira-kira RM215 juta hingga RM220 juta.

Kekayaan tersebut dipercayai datang daripada pelbagai sumber termasuk jualan dan royalti muzik, aktiviti solo, konsert, penulisan serta penerbitan lagu, kerjasama dengan jenama antarabangsa dan perniagaan fesyen PEACEMINUSONE.

Justeru, tidak hairanlah G-Dragon mempunyai individu profesional yang membantu menguruskan kewangannya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement