Sekilas
- Konsert Nusafest Nidji X Bunkface di Zepp Kuala Lumpur menyatukan dua kumpulan popular buat pertama kali di pentas yang sama.
- Bunkface membuka persembahan dengan lagu-lagu hit seperti Malam Ini Kita Punya dan Rentak Laguku, sambil vokalis Sam mengajak peminat naik ke pentas.
- Nidji meneruskan konsert dengan lagu-lagu popular termasuk Laskar Pelangi dan Teman Sejati, mengajak peminat menyanyi bersama sepanjang persembahan lebih sejam.
Buat pertama kali dua kumpulan iaitu Bunkface dan Nidji disatukan di atas pentas yang sama menerusi konsert Nusafest Nidji X Bunkface yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Lagu Malam Ini Kita Punya sebagai pembuka pentas dan Bunkface berterusan memberi persembahan bertenaga menerusi lagu Rentak Laguku, Prom Queen dan High School + Silly Lily.
Seperti biasa, sudah semestinya vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam mengajak salah seorang peminat naik ke pentas untuk menyanyi bersamanya.

Selama lebih sejam, Bunkface menghiburkan peminat yang hadir dengan koleksi lagu hit antaranya Soldier, Hilang, Extravaganza, Dunia, Darah Muda, Korang dan Panik.
Selepas Bunkface, peminat mula tidak sabar menantikan kemunculan kumpulan Indonesia terkenal, Nidji di atas pentas.
Nijdi memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu hit mereka iaitu Laskar Pelangi dan diteruskan dengan Disco Lazy.
Vokalis Nidji iaitu Yusuf Ubay juga mengambil peluang berinteraksi bersama peminatnya di Malaysia.
Persembahan diteruskan dengan lagu Manusia Sempurna, Sudah, Kisah Kasihku, Wadoow, Zayang-Zayang dan Bolehlah Ku Berharap.

Untuk lagu Teman Sejati, Nijdi mengajak semua peminat yang hadir untuk turut serta menyanyi bersama-samanya.
Selama lebih satu jam, Nidji membuat persembahan dan peminat juga dapat ‘sing along’ menerusi lagu Bila Aku Jatuh Cinta, Rahasia Hati, Shadow, Biarlah dan Sumpah & Cinta Matiku.
Bagi penutup persembahan, seperti biasa Nidji membawa lagu Hapus Aku yang sudah semestinya membuatkan peminat turut serta menyanyi.