Skip to main content

Indonesia

Gagal Usaha di Indonesia, Pelakon Irish Bella Berjaya Lakukan Program Bayi Tabung Uji di Malaysia

Gagal Usaha di Indonesia, Pelakon Irish Bella Berjaya Lakukan Program Bayi Tabung Uji di Malaysia

Sekilas

  • Irish Bella kini hamil empat bulan hasil rawatan kesuburan di Malaysia selepas percubaan pertama gagal di sana dan di Indonesia.
  • Pasangan ini memilih Malaysia kerana reputasi baik dalam rawatan kehamilan di Asia Tenggara dan mendapat cadangan daripada kenalan.
  • Irish Bella akan terus bekerja dengan jadual lebih teratur sepanjang kehamilan tanpa pantang makanan khusus, hanya perlu berehat secukupnya selepas prosedur.
Advertisement

Selepas pernah gagal menjalani  program tabung uji di Jakarta, Indonesia, pelakon Irish Bella mendedahkan dirinya kini hamil empat bulan hasil rawatan sama di Malaysia.

Menurut suaminya, Haldy Sabri membuat keputusan melakukan program rawatan sama di Malaysia dibuat selepas mendapat cadangan daripada kenalan, selain Malaysia sememangnya mempunyai reputasi baik dalam bidang rawatan kesuburan di rantau Asia Tenggara.

Advertisement

“Kami pilih Malaysia sebab ada kawan yang cadangkan. Selain itu, Malaysia memang terkenal sebagai antara tempat untuk rawatan kehamilan di Asia Tenggara, jadi kami cuba di sana,” katanya ketika ditemui baru-baru ini seperti dilaporkan Kompas.

Bagaimanapun, perjalanan pasangan itu untuk mendapatkan cahaya mata bukanlah mudah apabila percubaan pertama mereka di Malaysia tidak berjaya.

Mereka kemudian mencuba buat kali kedua dan akhirnya menerima khabar gembira apabila rawatan tersebut membuahkan hasil.

Advertisement

“Percubaan pertama gagal, kemudian yang kedua baru berjaya. Hasilnya pun agak baik sebab kami mendapat beberapa telur dalam jumlah yang banyak,” jelas Haldy.

Selepas disahkan hamil, Irish Bella, 30, mengambil keputusan untuk memperlahankan sedikit rentak kerjanya dalam industri hiburan.

Malah, berita kehamilan itu diketahui ketika dia sedang sibuk dengan jadual penggambaran dan promosi filem.

“Sebenarnya, ketika tahu hamil, filem kami baru sahaja ditayangkan di pawagam. Masa itu memang tengah mual-mual dan jadual pun sangat padat. Jadi selepas itu saya mula kurangkan aktiviti sedikit demi sedikit,” katanya.

Namun, pelakon Me vs Mami itu tidak berhasrat untuk berehat sepenuhnya daripada dunia seni sepanjang kehamilan.

Sebaliknya, dia akan terus bekerja tetapi dengan jadual yang lebih teratur dan tidak sepadat sebelum ini.
“Untuk selepas ini, saya masih akan bekerja tetapi mungkin tidak seaktif dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Irish berkata doktor tidak menetapkan sebarang pantang makanan khusus sepanjang kehamilannya.

Menurutnya, perkara paling penting yang perlu dijaga ketika ini adalah mendapatkan rehat secukupnya selepas menjalani prosedur rawatan.

“Tiada pantang makanan. Cuma selepas prosedur, saya perlu berehat sepenuhnya dan itu sahaja yang perlu dijaga sehingga sekarang,” katanya.

Sebelum menjalani rawatan tersebut, pasangan berkenaan telah mendapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor. Hasil pemeriksaan mendapati Irish berdepan gangguan hormon PCOS serta masalah kesihatan rahim, menyebabkan mereka disarankan mencuba kaedah rawatan kesuburan secara perubatan bagi meningkatkan peluang untuk mendapatkan zuriat.

Irish Bella dan Hardy berkahwin pada tahun 2024. Irish Bella sebelum ini sudah memiliki dua orang anak hasil perkahwinan dengan pelakon Ammar Zoni. Hardy juga sudah memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

【Local shipping】PINKFLASH Multiple Face Palette Eyeshadow Blush Highlighter Nude Brown Pink Shimme

【Local shipping】PINKFLASH Multiple Face Palette Eyeshadow Blush Highlighter Nude Brown Pink Shimme

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

46PCS Chrome Vanadium Bolt Socket 46PC Wrench Screwdriver Bit Set Repairing Kit Tool Set Repair Ratchet Bits Spanner扳手

46PCS Chrome Vanadium Bolt Socket 46PC Wrench Screwdriver Bit Set Repairing Kit Tool Set Repair Ratchet Bits Spanner扳手

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

Must Watch Video

Advertisement