Skip to main content

Hiburan

Gambar Sering Jadi Meme Viral, Zizan Razak Respon - “Saya Sporting & Fun Tapi Ada Tahapnya…”

Zizan Razak

Sekilas

  • Zizan Razak beri respon mengenai foto lamanya yang tular di Threads dengan menegaskan dia terbuka dengan gurauan tetapi ada batas yang tidak boleh dilanggar, terutama hukum agama.
  • Pelakon itu menegur pihak yang menggunakan gambarnya untuk promosi produk tanpa izin dan bayaran, menyifatkan tindakan itu sebagai haram.
  • Zizan bakal muncul dalam filem Terbang yang diinspirasikan daripada kisah legenda rali negara, Karamjit Singh, dijangka tayang September depan.
Advertisement

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak tampil bersuara mengenai trend melibatkan beberapa foto lamanya yang tular di Threads sejak beberapa hari yang lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Zizan memaklumkan bahawa dirinya terbuka dengan setiap gurauan dan suntingan yang dibuat namun menjelaskan mengingatkan bahawa setiap perkara mempunyai batas.

Advertisement

Menurutnya pelakon filem Terbang itu, dia tidak menghalang orang ramai untuk memuat naik gambar yang telah disunting selagi mana ia tidak melanggar hukum agama.

“Assalamualaikum kepada seluruh warga internet dan mereka yang mengenali diri ini.

“Tujuan posting adalah untuk meluahkan dan memberitahu yang saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun akan tetapi ada tahapnya.

“Berkenaan dengan gambar saya yang viral beberapa hari ini diedit dan diubah menjadi kelakar boleh tetapi biarlah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam,” luahnya.

Dakwa Zizan, trend tersebut dilihat sudah semakin melampau batas apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan gambarnya untuk mempromosikan produk tanpa mendapatkan keizinan daripadanya.

“Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan produk masing-masing tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya.

“So renung-renungkanlah jika ingin berniaga secara halal,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama Zizan hangat diperkatakan dalam Threads apabila beberapa foto lamanya disunting menjadi pelbagai meme sehingga mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal tampil menerusi filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada kisah legenda rali negara, Karamjit Singh. 

Filem tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September depan. 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement