Sekilas
- Cik B, anak usahawan Datuk Seri Vida, mengajak rakan-rakan dari program Talk To My Manager 2 bercuti di Thailand kerana bosan dan ada masa terluang.
- Dia menempah villa bernilai RM20,000 dan membeli tiket penerbangan berjumlah RM15,000 untuk rakan-rakannya, termasuk Azeva Natassha, anak penerbit Datuk A. Aida.
- Video di media sosial menunjukkan reaksi spontan rakan-rakan seperti Fariedz, Viviana, dan Kim Khairi yang diajak pada saat akhir untuk bercuti bersama.
Gara-gara bosan dan mempunyai masa terluang, anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengajak rakan-rakan dalam program Talk To My Manager 2 bercuti di Thailand.
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, Cik B memilih untuk mengajak rakan-rakan seperjuangannya dalam program tersebut kerana sudah lama tidak bertemu.
“Hari ini (Jumaat) Cik B bosan dan juga Cik B rasa minggu ini Cik B sangat-sangat free. Jadi, Cik B tak tahu nak buat apa.
“Korang pun tahu sekarang tengah musim cuti sekolah seminggu. Jadi, waktu ini orang rehat dan bercuti. Cik B nak pergi bercuti.
“Cik B nak pergi dengan kawan Talk To My Manager sebab Cik B dah lama tak jumpa mereka dan kita nak luangkan masa,” katanya.
Cik B turut berkongsi video memperlihatkan reaksi rakan-rakannya antaranya Fariedz, Viviana dan Kim Khairi yang diajak pada saat-saat akhir.
Menariknya, Cik B juga sanggup menempah sebuah villa berharga RM20,000 dan membeli tiket penerbangan untuk rakan-rakannya berjumlah RM15,000.
Selain mereka, anak kepada penerbit Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha juga mengikuti percutian tersebut.
Sumber - TikTok