Skip to main content

Kpop

Gara-Gara Cerita Tentang Moyang, Ha Young Tak Sambung The Trauma Code

Gara-Gara Cerita Tentang Moyang, Ha Young Tak Sambung The Trauma Code

Sekilas

  • Ha Young tidak akan meneruskan peranan dalam musim kedua drama Netflix, The Trauma Code: Heroes on Call, susulan kontroversi berkaitan sejarah moyangnya.
  • Isu bermula selepas Ha Young berkongsi kisah keluarga yang didakwa ada kaitan dengan kegiatan pro-Jepun ketika zaman penjajahan Korea dalam program bual bicara KBS.
  • Netflix mengesahkan keputusan itu selepas Ha Young memohon maaf dan menarik diri daripada projek tersebut bagi menghormati pendirian pelakon itu.
Advertisement

Aktres cantik, Ha Young dilaporkan tidak akan muncul atau meneruskan pembabitannya dalam musim kedua drama Netflix, The Trauma Code: Heroes on Call.

Perkara itu disahkan Netflix selepas Ha Young sebelum ini mencetuskan kontroversi berkaitan sejarah moyangnya yang didakwa mempunyai kaitan dengan kegiatan pro-Jepun ketika zaman penjajahan Korea, lapor Korea Times.

Advertisement

Bulan lalu, Ha Young atau nama sebenarnya Ahn Ha-young tampil memohon maaf berhubung isu tersebut.

Menurutnya, dia hanya mengetahui sebahagian daripada kisah hidup moyangnya dan mengakui menyesal kerana pernah bercakap mengenai moyangnya sebagai satu kebanggaan keluarga.

“Dengan menghormati pendirian pelakon tersebut, Ha Young tidak akan muncul dalam musim seterusnya The Trauma Code: Heroes on Call,” ujar kenyataan yang dikeluarkan Netflix.

Advertisement

Pada musim pertama, Ha Young memegang watak jururawat Cheon Jang-mi dan sebelum ini memang dijangka kembali untuk musim kedua bersama Ju Ji-hoon serta Choo Young-woo.

Namun gara-gara isu moyang yang menjadi perdebatan hangat selepas Ha Young muncul dalam program bual bicara KBS, Problem Child in House, bulan lalu, aktres tersebut terpaksa menarik diri.

Dalam rancangan tersebut, dia berkongsi tentang latar belakang keluarganya dan menceritakan moyangnya pernah belajar perubatan Barat di Jepun.

Ha Young juga berkata bidang perubatan sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya selama empat generasi.

Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang perhatian ramai kerana ia dibuat hanya beberapa hari sebelum Hari Pembebasan atau kemerdekaan Korea.

Pengguna media sosial kemudian mula menyelidik dan mempersoalkan latar belakang moyangnya, termasuk dakwaan mengenai aktivitinya ketika Korea berada di bawah pemerintahan Jepun.

Kontroversi semakin hangat apabila agensi Ha Young pada awalnya menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas sebelum aktres itu meminta maaf.

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Must Watch Video

Advertisement