Skip to main content

Hollywood

Gara-Gara Mayat Dalam Kereta, Penyanyi d4vd Dicatat Paling Trending Google Year in Search 2025

d4vd

Sekilas

  • Nama penyanyi d4vd menjadi carian paling popular di Google untuk tahun 2025 bukan kerana muzik, tetapi kerana kes pembunuhan yang dikaitkan dengannya.
  • Mayat seorang gadis berusia 15 tahun ditemui dalam but kereta Tesla milik d4vd di Hollywood Hills, Los Angeles, selepas penduduk mengadu bau busuk.
  • Gadis tersebut, Celeste Rivas, dilaporkan hilang sejak April 2024 dan kes ini kini dalam siasatan sebagai kes pembunuhan dengan d4vd sebagai suspek.

Nama penyanyi d4vd menduduki tangga pertama dalam Trending Google Year in Search 2025 bukan kerana prestasi cemerlang dalam bidang muzik.

Sebaliknya, nama rapper kelahiran Amerika Syarikat itu menjadi nama paling banyak dicari di Google  gara-gara penemuan mayat seorang gadis di dalam kereta miliknya.

D4vd atau nama sebenarnya, David Anthony Burke mengalahkan pencarian nama selebriti dunia lain termasuk Kendrick Lamar, Jimmy Kimmel, dan Pope Leo XIV.

Pada September lalu, pihak berkuasa tempatan di Los Angeles menemui mayat seorang gadis berusia 15 tahun yang sudah dikerat dan membusuk yang dimasukkan ke dalam but kereta jenis Tesla yang diparkir di kawasan Hollywood Hills dengan nama pendaftaran ke atas D4vd selepas penduduk mengadu bau busuk.

Gadis malang bernama Celeste Rivas itu juga diketahui telah hilang sejak April 2024. Sejak itu kes tersebut disiasat sebelum nama penyanyi lagu Romantic Homicide tersebut dikaitkan sebagai suspek pembunuhan.

Must-Watch Video

Advertisement