Sekilas
- Elizabeth Tan berkongsi keinginannya untuk makan buah belimbing buluh yang sudah lama tidak dinikmati.
- Hantaran di Threads itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk cadangan lokasi untuk mendapatkan buah tersebut.
- Beberapa netizen meneka Elizabeth mungkin sedang hamil berdasarkan perkongsiannya itu.
Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mencuri perhatian warga maya selepas berkongsi keinginannya untuk menikmati buah belimbing buluh.
Menerusi satu hantaran di Threads, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy mengakui sudah lama tidak menikmati buah tersebut sehingga membuatkan dirinya teringin untuk mencarinya.
"Kat mana saya boleh beli belimbing yang kecil-kecil hijau and sangat masam tu? Hehehe... lama tak makan," tulisnya.
Walaupun sekadar berkongsi rasa mengidam, hantaran Elizabeth berjaya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Selain berkongsi cadangan lokasi untuk mendapatkan belimbing bulu, ada segelintir netizen meneka pelantun lagu SHH itu kini sedang berbadan dua.
“Congratulations @elizabethtan
“Tahniah. Dah berapa bulan?
“Tahniah lizzy.
“Nak jadi ibu le tuuuuu.
“Tahniah,” komen netizen.
Sumber: Threads