Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Gavin Yap Kembali Dengan 'FORK IT', Ghafir Akbar Pula Pertaruh EURYDICE Di Pentas Teater Lebih Besar

Gavin Yap & Ghafir Akhbar

Sekilas

  • Teater FORK IT karya Gavin Yap akan membuka tirai The Studio di JCPAC, Sunway City Kuala Lumpur dari 11 hingga 13 September dengan skala lebih besar.
  • FORK IT mengisahkan pengalaman peribadi Gavin sebagai rakyat Malaysia berketurunan Cina dan Inggeris, dengan tema keluarga dan makanan sebagai pengikat kenangan.
  • The Studio juga akan menampilkan tiga produksi lain termasuk EURYDICE, The Failed Romances, dan THROWN yang membawa pelbagai tema dari cinta hingga trauma kanak-kanak.
Advertisement

Teater garapan Gavin Yap berjudul FORK IT: One Man’s Journey Through Food & Memories dipilih sebagai pementasan sulung yang bakal membuka tirai The Studio di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway City Kuala Lumpur.

 

Advertisement

Selepas dua musim dipentaskan di Bobo KL, FORK IT kembali dengan skala lebih besar dari 11 hingga 13 September ini.

 

Menurut Gavin, naskhah yang ditulis bersama Honey Ahmad itu mengangkat kisahnya sebagai rakyat Malaysia berketurunan Cina dan Inggeris, selain menyentuh isu keluarga dan kenangan yang berkait rapat dengan makanan.

 

"Walaupun kita berbeza latar belakang, meja makan sentiasa menjadi tempat kita ketawa, bertengkar, meraikan sesuatu, berdamai dan akhirnya kembali bersama," katanya.

 

FORK IT dipilih sebagai pementasan pembukaan The Studio kerana formatnya yang lebih dekat dengan penonton, sekali gus memberi pengalaman berbeza.

 

Menyusuli FORK IT, tiga lagi produksi akan dipentaskan di The Studio, antaranya, EURYDICE karya finalis Hadiah Pulitzer, Sarah Ruhl yang diarahkan Ghafir Akbar dan bakal dipentaskan dari 18 hingga 27 September.

 

EURYDICE mengetengahkan kisah cinta, kehilangan dan kenangan daripada perspektif watak wanita menerusi pendekatan kontemporari, imaginatif serta diselitkan elemen humor.

 

Pementasan itu turut menampilkan Vinna Law sebagai teraju utama selepas membina kerjaya di London. Dia digandingkan bersama tiga nama besar teater tanah air iaitu Jo Kukathas, Anne James dan Sukania Venugopal.

 

Turut menyertai barisan pelakon ialah Gavin Yap, Terence Swampillai serta bakat baharu, Tinesh Janaki Raman yang membawa watak Orpheus

 

Selepas itu, The Studio akan mementaskan The Failed Romances dari 12 hingga 15 November depan, sebuah karya yang mengetengahkan kisah percintaan yang tidak berakhir seperti diharapkan.

 

Satu lagi produksi, THROWN pula bakal dipentaskan dari 19 hingga 29 November dan mengangkat tema identiti, memori serta trauma zaman kanak-kanak.

 

The Studio merupakan ruang black-box berkapasiti 150 penonton yang diwujudkan JCPAC bagi memberi peluang kepada pengkarya mengetengahkan karya yang lebih fleksibel dan eksperimental.

 

JCPAC turut mempunyai The Grand Theatre, sebuah auditorium berkapasiti 1,200 penonton.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement