Skip to main content

Hiburan

Gaya ‘Confident’ Taanusiya Chetty Ketika Menjawab Soalan Raih Pujian Ramai - “Beauty With Brain”

Gaya ‘Confident’ Taanusiya Chetty Ketika Menjawab Soalan Raih Pujian Ramai - “Beauty With Brain”

Sekilas

  • Taanusiya Chetty berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 2026, sekali gus mencipta pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
  • Beliau menunjukkan keyakinan tinggi ketika menjawab soalan, yang mendapat pujian ramai dan dianggap layak untuk tempat ketiga.
  • Pencapaian ini melengkapkan perjalanan cemerlang Taanusiya selepas mara ke Top 6 dan membawa pulang beberapa anugerah tambahan sepanjang pertandingan.
Advertisement

Ratu cantik Malaysia, Taanusiya Chetty mencipta pencapaian membanggakan apabila menamatkan saingan Miss World 2026 di tempat ketiga, selepas berjaya mara sehingga kelompok Top 6 pertandingan berprestij itu.

Terbaharu, tular satu video memaparkan gaya percakapan Taanusiya ketika menjawab soalan sewaktu saingan tersebut yang telah mencuri perhatian ramai.

Advertisement

Gaya Taanusiya yang begitu yakin ketika menjawab soalan itu juga telah membuatkan dirinya meraih pujian sehinggakan ramai yang berpendapat wanita ini sangat layak memenangi tempat ketiga.

“Dah macam gini jawapan nya.. mau tak nombor tiga. Betul lah orang kata, beauty with brain.

“Dapat jugak tengok wakil Malaysia diperingkat setinggi ini masa hidup ini. Selepas ini tak tahu bila dapat saksikan perkara macam ini lagu, sumpah rare.

“Tahniah dapat tempat ketiga Miss World 2026,” kongsi seorang individu.

Terdahulu, Taanusiya Chetty berjaya menamatkan saingan Miss World 2026 di tempat ketiga.

Pencapaian itu melengkapkan perjalanan cemerlang Taanusiya pada edisi ke-73 Miss World, selepas beliau terlebih dahulu mara ke Top 20 menerusi pencapaian Top 2 Beauty With a Purpose, sebelum meneruskan kemaraan sehingga Top 6.

Sebelum membawa cabaran negara ke Miss World 2026, Taanusiya mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa menerusi Miss Global 2023. Ketika meraih gelaran Miss World Malaysia, beliau turut membawa pulang tujuh anugerah tambahan termasuk Top Model Award, Best in Evening Gown dan Charity Queen Award.

Kejayaan meraih tempat ketiga Miss World 2026 menjadi kemuncak perjalanan Taanusiya dalam pertandingan itu, selepas melalui beberapa peringkat utama sambil membawa mesej mengenai pendidikan, pemerkasaan generasi muda dan perubahan sosial bersama nama Malaysia di pentas dunia.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement