Sekilas
- Anak kedua Ayda Jebat, Aali Mateen, sering disangka perempuan kerana wajahnya yang gebu dan comel.
- Ayda menegaskan Aali Mateen adalah lelaki dan berharap netizen tidak keliru dengan penampilan rambut pendek anaknya.
- Ayda juga meminta agar wargamaya tidak mempersoalkan tindakannya memotong rambut anaknya pendek di media sosial.
Gara-gara berwajah gebu dan comel, ramai netizen menganggap anak kedua kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat adalah perempuan.
Tampil menjelaskan salah faham itu, Ayda menegaskan anak keduanya yang diberi nama Aali Mateen adalah lelaki.
“Ingat potong rambut dedek orang tau dah dia boy. Rupa-rupanya masih ada yang ingat dia girl. Haha! Nama dia Aali Mateen, anak nombor dua saya.
“Dia bukan Nayla atau girl tau… cuma dia gebu dan cute ah… janji. Dia boy. Comellah kakak-kakak yang komen ini,” kata Ayda menerusi hantaran di Threads.
Dalam pada itu, Ayda juga berharap wargamaya tidak mempersoalkan tindakannya memotong rambut anaknya pendek.
“Akak jangan marah saya potong rambut dia sebab dia memang boy. Jangan keliru please. Dia bukan Nayla and bukan girl haha!” kongsi Ayda di TikTok.