Persembahan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12) iaitu Mendua mendapat sorakan gemuruh daripada penonton selepas membawakan lagu Nessun Dorma nyanyian asal Luciano Pavarotti.
Nyanyian mereka yang penuh bertenaga itu turut mendapat pujian juri tetap, Hetty Koes Endang.
Ujar Hetty yang mesra disapa Bunda, Mendua berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik.
“Pada mulanya saya rasa tak adil sebab Mendua dapat lagu ini. Lagu ini susah untuk dibawa. Range lagu ini lebar dan sepanjang persembahan Bunda dengar dan berikan fokus untuk tengok ada bahagian yang flat atau sharp tetapi tidak ada.
“Saya puji kalian sebab sanggup bawa lagu ini dan ini membuktikan bahawa bagilah lagu apa pun, kalian boleh ‘makan’,” kata Hetty.
Malah sebelum tamat persembahan, Bunda Hetty turut memberi 'standing ovation; buat Mendua yang dianggotai oleh Diana, Sasha dan Pungky.
Untuk minggu kelapan ini, para peserta diberikan cabaran apabila membawakan lagu yang dipilih ketua juri, Datuk Ramli MS yang merupakan luar dari forte asal mereka.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.