Skip to main content

Viral

Gegar Vaganza 12: Bukan Peserta Ke-14, Zaiton Sameon Hadir Untuk...

zaiton_gv12

Kehadiran penyanyi lagenda, Zaiton Sameon di  Gegar Vaganza 12 (GV12) bukanlah sebagai peserta yang ke-14.

Namun, hanyalah untuk memenuhi jemputan pihak produksi bagi segmen Legend Lanje.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengacara program berkenaan Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad selepas persembahan Zaiton yang membawa lagu Menaruh Harapan.

" Zaiton bukanlah bintang ke-14 . Dia hanya hadir bagi segmen legend lenje dimana segmen ini memberi kesempatan untuk penyanyi lagenda melepaskan keinginan mereka menyanyi di atas pentas," kata mereka.

Sebelum ini, Zaiton mengejutkan orang ramai apabila membuat kemunculan di pentas GV 12 ketika sesi memperkenalkan barisan peserta program minggu pertama itu.

Perkara tersebut telah mencetuskan tanda tanya mengenai kesasihan penyertaan penyanyi tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement