Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Diminta Mengeja Dalam Bahasa Inggeris, Mell Sakura Tak Ambil Hati - “Bukan Memalukan, Tak Dapat Eja Sebab Saya Tengah ‘Blank’”

Mell tak ambil hati kena mengeja

Sekilas

  • Mell Sakura dari Gegar Vaganza 12 menjelaskan dia tidak terasa hati apabila diminta mengeja ayat dalam bahasa Inggeris selepas persembahan kerana keadaan itu berlaku secara spontan dan dia masih ‘blank’.
  • Mell menganggap kegagalannya mengeja bukan kerana ketidakmampuan, tetapi kerana fokus dan emosi yang belum stabil selepas persembahan.
  • Dia mengambil sikap positif terhadap reaksi netizen dan menganggap situasi itu sebagai kandungan hiburan semata-mata.

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Mell Sakura menjelaskan dia tidak terasa hati apabila diminta untuk mengeja dua ayat dalam bahasa Inggeris sejurus selesai membuat persembahan di pentas pertandingan tersebut.

Menurut Mell, keadaan itu berlaku secara spontan dan ketika itu dirinya masih lagi berada dalam keadaan ‘blank’ selepas membuat persembahan.

“Kita baru lepas buat persembahan jadi memang ‘blank’, tiba-tiba masuk terkejut lihat Amir. Ingatkan ada apa rupanya minta mengeja, memang saya gagal lah,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia tidak menganggap situasi itu memalukan dirinya sebaliknya kata Mell, kegagalannya mengeja bukan disebabkan tidak mampu tetapi kerana fokus dan emosinya masih belum stabil selepas persembahan.

“Perkataan yang senang pun saya tak dapat nak fikir sebab baru lepas habis buat persembahan, bagi saya benda itu normal.

“Tak adalah macam memalukan tapi cuma saya malu dengan diri sendiri sebab tak dapat mengeja,” katanya berseloroh.

Mengulas reaksi netizen, Mell mengambil pendekatan untuk berfikiran positif dan menganggap situasi tersebut hanyalah sekadar kandungan hiburan semata-mata.

“Saya tak ambil hati pun sebab benda itu berlaku secara spontan, kita pun tak tahu apa yang berlaku. Sebenarnya saya cuba ingat ejaan itu.

“Korang janganlah begitu, ini semua konten sahaja, semuanya drama. Sebenarnya saya boleh sahaja mengeja tapi sebab saya ‘blank’ hilang semua,” jelasnya.

Terdahulu, netizen meluahkan rasa kurang senang apabila Mell yang mengakui dirinya kurang fasih berbahasa inggeris diminta untuk mengeja ayat yang diberikan oleh Amir Raja Lawak selepas membuat persembahan.

Untuk info, 13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura, Freshies (Ejie dan Shima), SHY8, Shae, Ruri Repvblik, Mendua (Pungky, Sasha & Diana) dan Iskandar Ismail.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza 12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.

Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement