Ringkasan AI
- Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki hadir mengejutkan Dato’ Elaine Kang semasa persembahannya di Gegar Vaganza 12 (GV12).
- GV12 menampilkan 13 peserta termasuk bintang tempatan dan artis dari Indonesia serta Singapura yang bersaing merebut gelaran juara.
- SHY8 muncul sebagai peserta wildcard yang dijangka membawa elemen unik dan kejutan dalam pertandingan.
- Juri GV12 kekal dengan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS, manakala Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad menjadi pengacara.
- GV12 akan bersiaran langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Kehadiran tiga hero filem ‘Banduan’ iaitu Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki telah membuatkan peserta Gegar Vaganza 12 (GV12), Dato’ Elaine Kang terkedu sewaktu membuat persembahan.
Menyanyikan lagu ‘Angan Angan’ yang dipopularkan Raja Ema, Elaine dilihat terkejut sambil tersenyum sebelum meneruskan persembahannya dengan jayanya.
“Handsome semua, macam mana nak pilih ni?”, kongsi Elaine selepas persembahan.
Kehadiran tiga hero filem ‘Banduan’ itu turut membuatkan suasana di studio MBSA menjadi riuh dan gamat dengan sorakan penonton.
Untuk musim ke-12 ini, seramai 13 bintang dengan Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima) bakal berentap merebut gelaran juara.
Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.
Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.
Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.