Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Engan Fikir Isu Peribadi, Nubhan Hanya Mahu Fokus Bertanding - “Tak Boleh Nak Main Main Dah, Penat Mereka Datang”

Engan Fikir Isu Peribadi, Nubhan Hanya Mahu Fokus Bertanding

Sekilas

  • Nubhan kini fokus sepenuhnya pada pertandingan Gegar Vaganza musim ke-12 walaupun menghadapi isu rumah tangga yang belum selesai.
  • Dia enggan mengulas dakwaan orang ketiga dalam kemelut peribadinya dan mahu beri tumpuan kepada GV12 sahaja.
  • Nubhan berjaya mendapat kedudukan kedua pada minggu keempat GV12 selepas persembahan duet bersama Mawi yang mendapat pujian juri.

Penyanyi, Nubhan mengakui kini hanya memberikan fokus terhadal pertandingan Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) meskipun isu kemelut rumah tangga dengan isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek masih belum berakhir.

Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, berkata dia enggan menghampakan peminat yang sentiasa menyokong sejak bermulanya GV12.

“Sekarang, saya beri fokus 100 peratus kepada GV12. Saya kena fokus sebab GV sekarang menjadi tanggungjawab dan tak boleh nak main-main.

“Memang usaha untuk tidak menghampakan peminat. Penat mereka datang menjerit, bawa macam-macam. Jadi dengan beri fokus, inilah saya balas balik pada mereka,” katanya.

Nubhan berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas berakhirnya konsert keempat GV12 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Sementara itu ditanya mengenai wujud dakwaan orang ketiga yang dikatakan menjadi antara punca kemelut rumah tangga, Nubhan memilih untuk enggan mengulas lanjut.

“Isu itu sudah lama dan saya dah tak mahu komen lagi mengenainya. Sekarang cuma mahu fokus pada GV12, itu sasaran utama,” ulasnya ringkas.

Terdahulu, Nubhan meraih ‘standing ovation’ daripada Hetty Koes Endang selepas memberi persembahan hebat mendendangkan lagu Kian duet bersama Mawi pada konsert minggu keempat.

Susulan itu, dia berjaya berada di kedudukan kedua pada minggu keempat GV12.

13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement