Sekilas
- Freshies tersingkir di minggu ke-10 Gegar Vaganza musim ke-12 selepas menyanyikan lagu Teman Tapi Mesra.
- Mendua menduduki tempat pertama minggu ke-9, diikuti Nubhan dan Mark Adam dalam tiga teratas.
- GV12 dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta sooka.
Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) menyaksikan Freshies sebagai bintang yang tersingkir di minggu kesepuluh.
Menyanyikan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian Ratu, Freshies mengucapkan terima kasih pada mereka yang tampil memberikan sokongan meskipun langkah mereka untuk mara ke separuh akhir terhenti.
Dalam masa sama, mereka juga ingin membuktikan penglibatan mereka ke pentas berprestij itu adalah untuk membuktikan bahawa kumpulan mereka masih relevan.
"Kami masuk ke GV ini sebab ingin buktikan kami masih relevan. Terima kasih pada juri, keluarga, peminat dan pihak produksi. Kami boleh makan rambutan," katanya.
Turut berada di kedudukan tiga terbawah bersama Freshies adalah Ruri Repvblik dan Shae.
Sementara itu, minggu kesembilan juga menyaksikan Mendua berada di kedudukan pertama.
Turut berada di tangga tiga teratas adalah Nubhan dan Mark Adam.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.