Sekilas
- Shae dari Gegar Vaganza 12 teruja untuk kembali mengurus rumah selepas hampir tiga bulan fokus pada pertandingan.
- Dia menerima penyingkirannya dengan hati terbuka dan mengakui cabaran menghafal banyak lagu dalam masa singkat.
- Gegar Vaganza 12 masih menampilkan juri terkenal dan akan bersiaran langsung setiap Ahad di Astro Ria mulai 2 November 2025.
Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Shae meluahkan rasa tidak sabar untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan menguruskan hal di rumah selepas hampir tiga bulan memberi sepenuh komitmen terhadap pertandingan itu.
Menurut Shae, tempoh yang lama meninggalkan rumah membuatkan kediamannya berada dalam keadaan tidak terurus.
“Saya rasa sangat gembira dan bersyukur sudah sampai minggu separuh akhir dan saya rasa sangat bahagia dapat pulang ke rumah.
“Saya ini seperti sudah tiga bulan tidak ada di rumah dan rumah tu boleh diibaratkan seperti kapal pecah. Saya tak tahu barang itu ini terletak di mana.
“Hilang semua barang-barang, tak kisahlah kecil atau besar. Ya Allah, mungkin inilah rumah tanpa isteri, jadi saya ingin kemas rumah.
“Sebagai contoh hari ini bilik, ruang tamu, satu persatu selepas rumah sudah bersih saya mahu bercuti di Bali selama seminggu,” jelasnya.
Shae berkata demikian ketika ditemui selepas konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang diadakan di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Ahad.
Mengulas mengenai penyingkirannya, Shae berkata dia menerima keputusannya dengan hati yang terbuka.
“Saya tak sedih sama sekali sebab final ni pada saya susah sangat. Kena hafal banyak lagu, dua tiga lagu dalam masa tiga hari.
“Sebagai bukti, saya kena hafal dua lagu jadi medly pun dah kalah, sebab Rosalinda ni saya salah lirik semasa di verse dua, jadi patutlah saya ‘pulang’,” ujarnya.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.