Sekilas
- Nubhan menafikan lagu-lagu yang dibawakannya di GV12 berkait rapat dengan kisah hidupnya dan hanya menyampaikan lagu mengikut konsep yang ditetapkan.
- Untuk lagu "Bukan Lagi Kita", Nubhan akan fokus memperbanyakkan latihan vokal bagi memastikan persembahan lebih mantap dan beremosi.
- Gegar Vaganza 12 akan bersiaran langsung mulai 2 November 2025 setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, dengan juri tetap dan pengacara Nabil Ahmad serta Sherry Alhadad.
Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Nubhan menafikan dakwaan segelintir pihak yang beranggapan lagu-lagu dibawanya di pentas GV12 seakan dekat dengan perjalanan hidupnya.
Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Bin Ahamad, dia hanya melalukan tugasnya sebagai seorang penyanyi dengan cara penyampaian yang sesuai dengan konsep lagu dibawakannya.
“Tak adalah (sama dengan kisah hidup). Itu kan lagu? Saya cuma menyampaikan lagu itu mengikut kehendak dan konsep lagu.
“Takkanlah lagu sedih kita nak bergembira dan lagu yang rancak kita nak perlahankan pula kan?
“Saya cuma buat kerja saya saja,” katanya kepada Gempak.
Ketika ditanya persiapan mengenai lagu Bukan Lagi Kita pada minggu hadapan, bekas peserta Akademi Fantasia 6 ini memaklumkan bahawa dia akan memperbanyakkan latihan untuk memantapkan lagi vokalnya.
“Untuk lagu Bukan Lagi Kita ini, persiapannya sama sahaja dengan minggu-minggu yang sebelumnya.
“Saya akan banyakkan latihan dan berikan fokus kepada vokal sebab lagu ini sangat pentingkan vokal.
“Kemudian, saya perlu bawa lagu ini dengan ‘feel’ saya,” ujarnya.
Pada minggu kelapan yang bertemakan ‘Fun Fair Tok Ram’, Nubhan meraih tempat tiga terbaik menerusi lagu Cicak nyanyian asal Cikgu Naim.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.