Skip to main content

Selebriti

Gegar Vaganza 12: Iskandar Kongsi Momen ‘Standing Ovation’ Juri, Lagu Despacito Tak Mudah - “Buat Saya Semput, Rap Pula Satu Nafas…”

Iskandar

Sekilas

  • Iskandar Ismail terharu menerima standing ovation daripada juri Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selepas persembahan lagu Despacito di Gegar Vaganza 12.
  • Persembahan lagu Despacito menjadi cabaran besar kepada Iskandar kerana memerlukan stamina, kawalan pernafasan dan pergerakan intensif.
  • Iskandar berjaya mendapat markah tertinggi minggu ini dengan 77.75%, manakala Shae diumumkan tersingkir dengan markah 65.00%.

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Iskandar Ismail akui terharu apabila mendapat ‘standing ovation’ daripada ketiga-tiga juri Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selepas membuat persembahan Sabtu lalu.

Menurut Iskandar, dia sama sekali tidak menjangkakan penghargaan sedemikian daripada barisan juri yang sangat dihormatinya.

Malah, momen tersebut menjadi antara pengalaman paling bermakna sepanjang penyertaannya dalam GV12.

“Saya tak sangka Tok Ram bangun berdiri tepuk, Tok Naz, bunda, tiga-tga juri berdiri tepuk, pada ketika itu sebenarnya saya sudah nak menangis.

“Saya rasa terharu ketiga-tiga juri yang saya hormati memberikan ‘standing ovation’ dan mendapat gebrek dari bunda,” katanya ketika ditemui Gempak.


Mengulas mengenai persembahan Despacito, Iskandar mengakui ia merupakan cabaran besar kerana lagu itu memerlukan stamina, kawalan pernafasan dan pergerakan yang intensif.

“Despacito itu susah, memang lagu itu buat saya semput. Saya sudah menyanyi, kena berjoget lagi, manakala bahagian rapnya pula satu pernafasan.

“Semasa nak ambil penafasan itu perlu curi sedikit demi sedikit. Saya pernah menyanyikan lagu itu, tetapi sudah lama.

“Sudah berbulan-bulan saya tidak menyanyi lagu itu, jadi bila dapat, saya rasa macam ini merupakan cabaran besar untuk saya.

“Alhamdulillah, saya buat ‘homework’, berlatih berkali kali sampai tak dapat nak luangkan masa dengan isteri walaupun dia ada bersama dengan saya di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Terdahulu, minggu separuh akhir menyaksikan Shae diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan markah 65.00 peratus.

Manakala Iskandar Ismail pula berjaya mendapat kedudukan pertama untuk minggu ini dengan markah sebanyak 77.75 peratus.

Selain Iskandar, lima bintang lain yang berjaya ke pentas akhir adalah Mark Adam, Mendua, Mell Sakura, Nubhan dan Ruri Repvblik.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza 12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.


Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.

Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement