Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) menyaksikan Datuk Elaine Kang & Shy8 diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu keempat.
Menyanyikan lagu Yesterday Once More dan Siapa Dia Sebelum Daku, Elaine dan Shy8 akur dengan keputusan tersebut.
“Saya dapat belajar banyak di pentas GV12 ini dan saya rasa GV adalah pentas terbaik untuk mereka yang nak mencabar diri,” ujar Shy8
“Terima kasih kepada semua, termasuk kru kru GV12, Tok Ram adalah seorant yang tahu apa itu pentas termasuk juri juri lain,” kata Elaine.
13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.
Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.
Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.