Kehadiran pelakon, Atu Zero di pentas Gegar Vaganza 12 (GV12) mengamitkan suasana selepas muncul sebagai Tupai dan Cicak pada konsert GV12 minggu kelapan yang membawa tema Fun Fair Tok Ram.
Atu membuat kemunculan istimewa selepas selesai persembahan daripada Freshies dan Nubhan yang membawakan lagu Cicak nyanyian asal Cikgu Naim.
Lebih menarik, Atu juga sempat mengusik juri tetap, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S.
“Begini la susah nak cari duit bunda,” seloroh Atu.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.