Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Kaer Azami Beri Sokongan Pada Mendua, Pesan Enjoy Atas Pentas - “Just Have Fun, Jangan Terlalu Banyak Fikir…”

Kaer doakan Mendua

Sekilas

  • Kaer Azami memberikan kata-kata semangat dan doa agar kumpulan Mendua berjaya di pentas akhir Gegar Vaganza 12 malam ini.
  • Mendua akan membawakan lagu Jikalau Kau Cinta dan Billy Jean duet bersama Marsha untuk konsert akhir GV12.
  • Gegar Vaganza 12 bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Penyanyi, Kaer Azami memberikan kata-kata semangat buat kumpulan Mendua yang bakal bersaing di pentas akhir Gegar Vaganza 12 (GV12) malam ini.

Menerusi sebuah video pendek yang dikongsikan di Instagram rasmi Mendua, Kaer menyampaikan ucapan sokongan dan doa agar kumpulan tersebut berjaya memberikan persembahan terbaik sekali gus merangkul gelaran juara.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan juga good luck untuk final GV12 nanti. Semoga kalian dapat melakukan yang terbaik,” katanya.

Tambah Kaer lagi, kali ini Mendua hanya perlu menikmati setiap detik di atas pentas tanpa terlalu memikirkan tentang tekanan pertandingan.

“Just have fun on stage, jangan terlalu banyak berfikir dan yang pentingnya saya pasti mendoakan kalian menjadi juara,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu juga, Kaer turut berharap agar penyertaan Mendua di GV12 dapat membuka lebih banyak peluang buat mereka dalam industri muzik tempatan, termasuk menghasilkan single baharu selepas tamat pertandingan.

“Saya juga berharap agar kalian nanti akan mengeluarkan single selepas GV12,” ujarnya.

Untuk konsert akhir, mendua bakal membawakan dua buah lagi iaitu Jikalau Kau Cinta nyanyian asal Judika dan juga Billy Jean duet bersama Marsha.

Manakala untuk pusingan lagu battle pula akan diberitahu semasa program berlangsung.

Selain Mendua, lima bintang lain yang berjaya ke pentas akhir adalah Iskandar, Mark Adam, Mendua, Mell Sakura, Nubhan dan Ruri Repvblik.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun inimasih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza 12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.

Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement