Sekilas
- Datuk Elaine Kang mengakui hampir menitiskan air mata semasa konsert keempat Gegar Vaganza 12 kerana itu adalah persembahan terakhirnya atas faktor kesihatan.
- Elaine merancang untuk menarik diri walaupun tidak tersingkir kerana doktor menasihatkan dia berehat demi kesihatan.
- Selain Elaine, peserta lain yang tersingkir adalah Shy8, manakala GV12 diteruskan dengan 13 bintang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura serta dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Elaine Kang, mengakui hampir menitiskan air mata kerana menyedari bahawa konsert keempat itulah merupakan minggu terakhir dirinya berada di pentas besar berkenaan.
Elaine berkata sekiranya tidak tersingkir, dia tetap merancang untuk menarik diri kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
“Sebenarnya sebelum menyampaikan lagu itu tadi saya hampir mengalirkan air mata kerana saya tahu saya kena mengakhiri pentas ini.
“Jadi saya rasa sangat sedih, tak kisah di mana mana tetapi di GV12 ini, saya tahu ini adalah episod terakhir untuk saya di pentas ini.
“Kalau saya tak tersingkir, saya akan menarik diri kerana kesihatan saya tidak begitu membersngsangkan.
“Jadi sebab itu semasa muzik dimulakan saya berasa sebak tetapi saya tahan. Saya dah gayakan busana Labubu cantk ini semua.
“Saya kena teruskan persembahan dengan baik, tak boleh menangis,” ujarnya.
Elaine berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas berakhirnya konsert keempat GV12 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Jelas Elaine lagi, niat asalnya hanyalah untuk menyertai di GV12 selama seminggu, namun bertahan sehingga empat minggu selepas memberikan komitmen penuh.
“Sebenarnya saya nak buat satu minggu sahaja, tetapi saya dapat masuk selama empat minggu dan dalam tempoh itu saya telah cuba sehabis baik untuk membuat persembahan.
“Anda semua pun sudah sedia maklum bahawa kondisi kesihatan saya tidak berapa baik dan doktor juga minta untuk berhenti.
“Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berehat,” jelasnya.
Bagaimanapun, Elaine percaya dirinya masih mempunyai ruang untuk kembali ke industri apabila kembali sihat sepenuhnya kelak.
“Saya adalah seorang yang mempunyai semangat tinggi, demi peminat semua, saya akan terus berani dan kuat. Harapnya saya akan kembali aktif.
“Tak tahu, tahun hadapan mungkin akan buat konsert mini ke kita tak tahu kan. Tetapi itu semua Tuhan yang akan tentukan,” ulasnya.
Selain Elaine, bintang lain yang diumumkan tersingkir adalah Shy8.
Elain yang telah menyampaikan Yesterday Once More duet bersama Dia Fadila menerima peratusan markah senmbanyak 46.75%.
13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.
Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.
Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.