Sekilas
- Aina Abdul tampil memukau dengan busana simbolik yang melambangkan semangatnya untuk terus berkarya ketika muncul sebagai penyanyi undangan di pentas akhir Gegar Vaganza 12 bersama Nubhan.
- Penampilan Aina yang simple namun anggun mendapat pujian dan doa daripada peminat agar dia terus maju dalam industri muzik.
- Gegar Vaganza 12 dimenangi oleh Iskandar Ismail, diikuti Mendua di tempat kedua dan Nubhan di tempat ketiga, manakala Aina hanya muncul sebagai penyanyi undangan.
Sebut sahaja nama penyanyi, Aina Abdul sudah pasti perkara yang terlintas difikiran adalah berkenaan dengan persalinan yang akan digayakan olehnya.
Perkata itu terbukti apabila Aina yang membuat kemunculaan sebagai penyanyi undangan di pentas akhir Gegar Vaganza 12 (GV12) Ahad lalu sebagai rakan duet kepada Nubhan.
Sekali lagi, Aina tidak mengecewakan dalam membawa kelainan stail setiap kali membuat kemunculan di atas pentas.
Biarpun hanya mengenakan busana yang nampak ‘simple’ tetapi Aina keihatan seolah-olah bunga yang mekar di atas pentas.
Aina bagaimanapun menerusi hantaran di Instagram berkata, busana dipakai itu mempunyai maksudnya yang tersendiri.
“Terima kasih glam team saya siapkan saya seperti yang direquest. Saya ke GV atas permintaan team Nubhan dan pihak Astro.
“Terima kasih atas jemputan. Secara tidak langsung simbolik persiapan ini besar maknanya untuk saya.
“Ibarat sekuntum bunga yang ingin kembali mekar, persiapan pakaian juga adalah saluran manifestasi dan doa saya untuk terus berkarya dan berikan yang terbaik di masa akan datang,” kongsinya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata peminat mendoakan yang baik-baik buat Aina dan berharap penyanyi berbakat besar itu terus berkarya.
Terdahulu, Aina telah membawakan dua buah lagu iaitu Jangan Mati Rasa Itu dan Seluruh Cinta duet bersama Nubhan.
Gegar Vaganza 12 menyaksikan Iskandar Ismail dinobatkan sebagai juara, tempat kedua menjadi milik Mendua, manakala Nubhan pula meraih tempat ketiga.
Sementara itu, Mark Adam dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, satu-satunya finalis wanita iaitu Mell Sakura pula ditempat kelima dan Ruri Repvblik ditempat keenam.