Skip to main content

Konsert

Gegar Vaganza 12: Mendua Mendonia Dengan 69.5%, Shy8 Kedudukan Berbahaya 47.25%! Semak Markah Penuh Minggu Pertama

markah_gv12

Saingan musim ke-12 Gegar Vaganza (GV12) membuka tirai dengan penuh sengit apabila kumpulan Mendua berjaya mengungguli carta mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 69.50% menerusi persembahan bertenaga mereka dengan lagu Hampir Ke Situ.

Di tempat kedua, Mark Adam mencatat markah 67.75% selepas mempersembahkan lagu hitnya Pencuri dengan gaya vokal yang mantap dan kawalan emosi yang baik.

Advertisement

Sementara itu, Nubhan yang menerima pujian juri atas penghayatan penuh perasaan dalam lagu Ada Untukmu, menduduki tempat ketiga dengan markah 65.50%.

Tiga peserta yang berada di kedudukan tercorot minggu ini ialah Shae dengan markah 48.50%, diikuti Datuk Elaine Kang (48.00%) dan Shy8 (47.25%). Meskipun berada di kelompok bawah, ketiga-tiga peserta masih berpeluang memperbaiki persembahan pada minggu seterusnya dengan memperkukuh kawalan vokal serta penghayatan di pentas pada minggu kedua memandangkan tiada penyingkiran pada minggu pertama.

Berikut kedudukan penuh berdasarkan markah keseluruhan minggu pertama:

  1. Mendua – 69.50%
  2. Mark Adam – 67.75%
  3. Nubhan – 62.50%
  4. Rahmat Ekamatra – 62.00%
  5. Krisya – 61.50%
  6. Freshies – 58.75%
  7. Ruri Repvblik – 58.50%
  8. Mell Sakura – 57.00%
  9. Iskandar Ismail – 56.75%
  10. Korie – 56.00%
  11. Shae – 48.50%
  12. Datuk Elaine Kang – 48.00%
  13. Shy8 – 47.25%

13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement