Sekilas
- Krisya selamat daripada penyingkiran pada minggu kelapan Gegar Vaganza 12, bersama Ruri Repvblik dan Shae yang berada di kedudukan tiga terbawah.
- Iskandar Ismail berjaya merampas tempat pertama daripada Mendua, diikuti Nubhan di tangga ketiga.
- GV12 akan bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam mulai 2 November 2025 di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Krisya mampu menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran pada minggu kelapan.
Keputusan itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi selepas screen menunjukkan masih ada lagu buat Krisya.
Turut berada di kedudukan tiga terbawah bersama Krisya adalah Ruri Repvblik dan Shae.
Sementara itu, minggu kelapan juga menyaksikan Iskandar Ismail berjaya merampas kedudukan pertama daripada Mendua.
Turut berada di tangga tiga teratas adalah Mendua dan Nubhan.
Berikut kedudukan bintang GV12 untuk minggu kelapan:
1. Iskandar Ismail
2. Mendua
3. Nubhan
4. Freshies
5. Mell Sakura
6. Mark Adam
7. Ruri Repvblik
8. Shae
9. Krisya
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.