Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Pentas Akhir Jadi Penentu! Ini Senarai Penuh Lagu-Lagu Di Final

Senarai lagu final GV12

Sekilas

  • Gegar Vaganza 12 bakal menobatkan juara baru dengan enam finalis akan membuat persembahan solo, duet bersama penyanyi terkenal, dan persembahan battle.
  • Finalis GV12 termasuk Nubhan, Iskandar Ismail, Mell Sakura, Mark Adam, Mendua, dan Ruri Revpblik yang akan menyampaikan lagu-lagu pilihan mereka serta duet bersama artis seperti Aina Abdul, Jaclyn Victor, dan Datuk Seri Rossa.
  • Program ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Debaran kian terasa, tidak lama lagi pentas akhir Gegar Vaganza 12 (GV12) bakal menobatkan satu nama besar sebagai juara musim kali ini.

Minggu akhir ini akan menyaksikan, tiga tugasan yang bakal dipersembahankan oleh Bintang GV12.

Membawakan tema ‘konsert akhir’, setiap bintang bakal mendendangkan sebuah lagu dan juga lagu duet bersama penyanyi terkemuka.

Tidak terhenti di situ, enam finalis ini juga harus melakukan persembahan battle antara mereka.

Enam finalis tersebut adalah Nubhan, Iskandar Ismail, Mell Sakura, Mark Adam, Mendua dan Ruri Revpblik.

Berikut merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh lapan peserta GV11 pada minggu Akhir GV:

Solo: 

1. Still In To You - Mell Sakura

2. Jikalau Kau Cinta - Mendua

3. Madah Berhelah - Iskandar Ismail

4. Feeling Good - Mark Adam

5. Cuba - Nubhan

6. Hapus Aku  - Ruri Repvblik


Duet:

1. Menanti Sebuah Jawapan - Fadly Padi / Kasih Tak Sampai - Mell Sakura ft Fadly Padi

2. Hening Rindu - Marsha Milan / Billy Jean - Mendua ft Marsha

3. Unstoppable - Jaclyn Victor / Senja Nan Merah - Iskandar Ismail ft Jaclyn Victor

4. Sinaran - Datuk Seri Rossa, MK K-Clique / Salahkah - Mark Adam ft Datuk Seri Rossa

5. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul / Seluruh Cinta - Nubhan ft Aina Abdul

6. Jatuh Cinta Lagi - Sunu Matta Band / Ketahuan - Ruri Repvblik ft Sunu Matta Band


Pusingan Battle

1. Evo & Zoom: Mark Adam, Mendua & Ruri Repvblik

2. Cerita Kedai Kopi & Venom : Iskandar Ismail, Nubhan & Mell Sakira

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza 12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.

Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement