Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Perjuangan Rahmat Ekamatra Terhenti, Mendua Berjaya Raih Kedudukan Teratas

Gegar Vaganza 12

Sekilas

  • Rahmat Ekamatra tersingkir pada minggu ketujuh Gegar Vaganza 12 selepas tiada lagu yang keluar untuknya.
  • Kumpulan Mendua menduduki tempat pertama minggu ini dan membawa pulang Anugerah ADABI Ada Beats serta wang tunai RM5,000.
  • GV12 bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12( GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh.

Keputusan itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi dan tiada lagu lagi yang keluar buat Rahmat.

Turut berada di kedudukan tiga terbawah adalah Mell Sakura dan Freshies

Sementara itu, kumpulan Mendua berjaya menduduki tangga pertama dan berjaya melangkah ke minggu seterusnya.

Hasil kemenangan tersebut berjaya membawa pulang Anugerah ADABI Ada Beats dan wang tunai sebanyak RM5,000.

Turut berada di tangga tiga teratas adalah Mark Adam dan Nubhan.

Berikut kedudukan bintang GV12 untuk minggu ketujuh:

1. Mendua
2. Mark Adam 
3. Nubhan 
4. Iskandar Ismail 
5. Shae 
6. Krisya
7. Ruri Repvblik 
8. Mell Sakura
9. Freshies
10.Rahmat Ekamatra

Lebih menarik peserta yang kekal akan membawakan tugasan yang bertemakan Fun Fair Tok Ram.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement