Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Pungky Tidak Dapat Bersama Mendua Sebab…

Mendua

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Pungky yang juga ahli kumpulan Mendua tidak dapat membuat persembahan bersama ahli kumpulannya kerana baharu sahaja kehilangan ibu.

Berita sedih itu diumumkan oleh pengacara, Nabil Ahmad sebelum Mendua tampil membuat persembahan.

“Kami ingin mengumumkan khabar duka dimana, ibu kepada Pungky baharu sahaja kembali ke ramatullah. Jadi Pungky tidak dapat bersama mendua pada malam ini,” kongsi Nabil.

Mendua membawakan lagu Aku Cinta Padamu nyanyian asal Datuk Sheila Majid.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Must-Watch Video

Advertisement