Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Ragu-Ragu Nak Bawa Lagu ‘Nessun Dorma’, Mendua Bangga Dapat Sampaikan Dengan Baik - “Kenapalah Bagi Lagu Ini…”

Gegar Vaganza 12

Sekilas

  • Mendua buat pertama kali menyanyikan lagu opera Nessun Dorma di GV12 dan berasa bangga walaupun lagu itu sukar dan mereka lebih biasa dengan genre balada dan R&B.
  • Mereka berterima kasih kepada juri Datuk Ramli MS yang memberi peluang mencuba lagu berkonsep opera dan kini bersedia menghadapi cabaran lagu Hindustan minggu hadapan.
  • Persembahan Mendua mendapat pujian juri Hetty Koes Endang dan GV12 akan bersiaran langsung setiap Ahad mulai 2 November 2025 di Astro Ria serta platform Astro GO dan sooka.

Pertama kali menyanyikan lagu opera, Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Mendua tetap berbangga kerana dapat menyampaikan lagu Nessun Dorma dengan jayanya.

Mengakui lagu tersebut susah untuk dibawakan namun, kumpulan yang dibarisi Pungky, Diana dan Sasha tetap berterima kasih kepada ketua juri, Datuk Ramli MS yang memberikan mereka peluang untuk menyampaikan karya asal Itali itu.

“Lagu ini sangat susah ditambah pula kami tak pernah nyanyi lagu opera. Latihan kami juga singkat, hari Rabu kami baru mula berlatih bertiga, Sabtu bersama dengan Tok Ram dan Ahad ‘perform’.

“Tetapi kami berasa sangat berbangga dengan persembahan tadi (Ahad) sebab kami bukanlah penyanyi opera. Kami lebih kepada lagu balada dan r&b.

“Ini juga satu pembelajaran baharu buat kami yang diberikan dua juri, Tok Ram dan Tok Naz. Kalau mereka tidak memberikan lagu ini, pastinya kami tak akan pernah mencuba menyanyikan lagu berkonsep sebegini.

“Jadi, kami memang tidak akan melupakan persembahan pada minggu ini,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi mengenai perasaan kita menerima tugasan untuk menyanyikan lagu tersebut, Mendua mengakui berasa sedikit ragu-ragu dengan kemampuan diri memandangkan mereka tidak pernah menyanyikan lagu berkonsepkan opera.

Setelah beberapa kali melakukan latihan, mereka berpuas hati dan tidak sangka mempunyai keupayaan untuk menyanyikan lagu tersebut.

“Waktu dapat lagu ini kami berasa sedikit ragu dengan kemampuan kami, adakah kami boleh melakukannya?

“Tetapi bila berlatih bersama, kami rasakan bahawa kami boleh melakukannya. Cuma pada awal ada jugalah mengomel, ‘Kenapalah diberi lagu ini? Susah sangat nak dinyanyikan’,” ujar mereka.

Dalam masa yang sama, Mendua meluahkan rasa tidak sabar untuk membuat persembahan pada minggu hadapan apabila mereka bakal menyanyikan lagu bertemakan Hindustan yang bertajuk Koi Mil Gaya.

“Minggu hadapan juga mencabar buat kami kerana perlu menyanyikan lagu Hindustan tapi tak mengapa, kami akan cuba sehabis baik,” kata mereka.

Pada minggu kelapan yang bertemakan ‘Fun Fair Tok Ram’, Mendua meraih tempat dua terbaik menerusi lagu Nessun Dorma nyanyian asal Luciano Favarotti.

Persembahan mereka mendapat pujian juri, Hetty Koes Endang yang menyifatkan nyanyian mereka sebagai ‘perfect’.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement