Sekilas
- Shae diumumkan tersingkir pada minggu separuh akhir Gegar Vaganza 12 dengan markah 65.00% selepas menyanyikan lagu Rosalinda dan Toyol.
- Iskandar Ismail menduduki tempat pertama minggu ini dengan markah tertinggi 77.75% menerusi lagu Despacito dan Iris.
- Gegar Vaganza 12 akan bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Minggu separuh akhir Gegar Vaganza 12 (GV12) menyaksikan nama Shae diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyanyikan dua buah lagu iaitu Rosalinda dan Toyol, Shae pulang dengan memperoleh markah sebanyak 65.00 peratus.
Sementara itu, Iskandar Ismail pula berjaya mendapat kedudukan pertama untuk minggu ini dengan peratusan markah sebanyak 77.75 peratus.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza 12 minggu separuh akhir:
1.Iskandar Ismail - Despacito & Iris (77.75%)
Datuk Ramli MS: “Tak ada tulis apa-apa pun, adalah sikit 1% tapi terbaik. Lagu Despacito yang kamu menyanyi tu sangat susah tau. Kamu menyanyi macam makan nasi ayam,”
2.Mendua - Beautiful & Rembulan (70.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Stabil, daripada mula sampai akhir nampak kamu bertiga bersatu jadi satu individu buka tiga. Nampak cantik dan bersih persembahan,”
3.Mark Adam - Anak & Singkong dan Keju (68.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Lagu anak tu dah macam birthday present saya, very nice. Emosi sampai. Overall opening tadi memang sangat bagus,”
4.Mel Sakura - Pangako Sayo & Dunia Belum Berakhir (66.75%)
Datuk Ramli MS: “Lagu ni kalau tengok key dia tak tinggi sangat tapi banyak bermain emosi suara, nafas. Saya considered awak daripada band Indie menyanyikan lagu ini kira okay,”
5.Nubhan - Sumpah & Cinta Matiku & Fantastic Baby (66.00%)
Datuk Syafinaz: “Opening awak cantik, saya sangat suka. Lagu nampak mudah tapi seemarnya tak. Tapi awak menunjukkan kebolehan awak menggunakan head voice dan folseto di mana ia sangat bagus. Pada saya awak adalah peserta yang sentiasa mencabar diri mencuba sesuatu yang sukar,”
6.Ruri Repvblik - La Bamba & Munajat Cinta (65.50%)
Hetty Koes Endang: “Kalau dari segi suara kamu memang mempunyai sesuatu yang berbeda. Tetapi hati-hati dengan lirk dan juga tidak jelas,”
7.Shae - Rosalinda & Toyol (65.00%)
Hetty Koes Endang: “Muzikal Show itu memang kekuatan kamu, tetapi kamu harus pandai bermain dengan suara kamu. Benda lain setakat ini aman,”
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.