Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12 Recap: Iskandar Ismail Teratas Kali Kedua Berturut, Rahmat Ekamatra Selamat Walau Tercorot…Jom Semak Komen & Markah Minggu Kelima

Gegar Vaganza 12

Sekilas

  • Konsert minggu kelima Gegar Vaganza 12 menyaksikan semua 11 peserta layak ke minggu keenam dengan Iskandar Ismail menduduki tempat pertama buat kali kedua berturut-turut.
  • Iskandar mendapat pujian juri Hetty Koes Endang atas persembahan lagu Kelentang-Kelentong yang dianggap mengagumkan dan layak ke final.
  • GV12 bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka, dengan pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza 12 (GV12) yang melabuhkan tirainya pada malam Ahad menyaksikan kesemua 11 peserta melayakkan diri ke minggu yang keenam.

Bertemakan RNR (Rare & Random), minggu ini menyaksikan Iskandar Ismail berjaya menduduk tempat pertama buat kali kedua berturut-turut dengan markah keseluruhan sebanyak 74.50 peratus.

Tidak cukup dengan itu, Iskandar menjadi antara bintang terhangat apabila juri tetap, Hetty Koes Endang merasakan persembahannya menerusi lagu Kelentang-Kelentong sebagai mengagumkan serta layak untuk ke final.

Sementara itu, Shae dan Rahmat Ekamatra mendapat tempat dua terendah dengan masing-masing mengumpul markah keseluruhan sebanyak 59.50 peratus serta 56.00 peratus.

Walau bagaimanapun, Rahmat Ekamatra yang berada di kedudukan terendah berjaya menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan.  


Berikut merupakan recap dan markah minggu kelima GV12:

Iskandar Ismail - Kelentang Kelentong
Hetty Koes Endang: Interaksi bagus dan vokal kamu juga stabil. Menurut Bunda, persembahan kamu bagus malam ini. Cuma jangan cepat puas sebab perjalanan masih panjang. Pada Bunda, kamu sangat layak untuk ke final.

Mendua - P.U.S.P.A
Datuk Ramli M.S: Pungky, kamu ada jiwa yang bagus dan ceria cuma satu saja, kenapa sumbang ya? Sebab kalau jelas lagi cantik persembahan kamu. Tapi tak mengapa ini semua adalah ‘human error’. Harmoni kamu cantik tapi adalah yang kurang sikit cuma kalau boleh saya nak lihat kamu bernyanyi luar genre kamu.

Nubhan - It’s Gonna Be Me
Datuk Syafinaz Selamat: Awak antara peserta yang mempunyai konsep. Saya nampak awak hari ini terlalu fokus kepada tarian sampaikan macam takut salah step. Itu membuatkan pitching awak tak stabil sikit.

Korie - Malam Pesta Muda Mudi
Datuk Syafinaz Selamat: Malam ni sebenarnya nak cabar kelainan buat para peserta dan kami bukan hanya nak nilai suara tapi nak nilai apa yang anda boleh berikan kepada kami menyanyikan lagu yang bukan makanan kalian. Saya okay dan puas hati dengan keterbukaan Korie untuk mencuba. Malu ada tapi dah hilang sikit. Saya fikir Korie akan duduk di tepi saja tapi dia ada juga menari jadi saya perlu berikan kredit dan hargai usaha itu.

Rury Repvblik - Madu Tiga
Hetty Koes Endang: Lagu ini lagu komedi jadi seharusnya kamu kena lebih memainkan karakter tetapi secara keseluruhannya persembahan kamu okay pada malam ini.

Freshies - Joget Toleh Menoleh
Hetty Koes Endang: Bila duet atau trio, lain penilaiannya jadi kena hati-hati sebab ada bahagian yang flat. Moga-moga minggu depan kalian boleh lebih bagus daripada malam ini.

Mark Adam - Awallah Dondang
Datuk Syafinaz Selamat: Saya suka, nampak kesungguhan daripada Mark walaupun tarian itu mungkin sedikit keras. Saya suka usaha awak yang beria dengan pakaian, menghafal lagu dan sedaya upaya setiap minggu. Cuma untuk lagu melayu mungkin kena lebih lembutkan suara.

Krisya - Dag Dig Dug
Datuk Ramli M.S: Di bahagian depan, saya kurang rasa elemen dangdut itu. Tapi tak apa sebab pada saya awak dah cuba yang terbaik.

Mell Sakura - Robek Hatiku
Datuk Ramli M.S: Kalau nilai dari genre asal dia yang beralih pula nak menyanyikan dangdut, okay. Cuma, kena ingat kalau dapat lagu luar daripada genre kamu jangan ambil sambalewa. Kalau nak kira dari segi apa yang saya nak mungkin memang susah nak dapat tapi bila kamu mencuba dan berjaya buat, saya rasa bagus.

Shae - Sakitnya Tuh Di Sini
Datuk Syafinaz Selamat: Ada sedikit masalah intonasi di sana sini. Pernafasan juga kena jaga-jaga dan lain kali hati-hati juga dengan pitching. Ada juga bahagian yang sengau jadi kena selalu periksa okay?

Rahmat Ekamatra - Semuanya Sudah Terlambat
Hetty Koes Endang: Lagu ini sebenarnya mendayu, verse satu dan dua kamu bagus cuma kena hati-hati sebab part chorus sedikit goyang. Ada juga beberapa bahagian yang sedikit flat. Kamu kena hati-hati sebab ini adalah pertandingan.

Berikut adalah keputusan penuh bintang GV12 mengikut ranking:

13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement