Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12 RECAP: Krisya Hampir Pulang, Mendua Dapat Standing Ovation! Jom Semak Komen & Markah Penuh Minggu Ke-8

Krisya

Bintang Gegar Vaganza 12(GV12), Krisya mampu menarik nafas lega selepas diumumkan masih ada lagu buatnya bagi meneruskan perjuangan untuk minggu kesembilan. 

Menyanyikan lagu Makan nyanyian asal Jalil Hamid, Krisya hanya mampu memperoleh markah sebanyak 56.50 peratus daripada juri tetap. 

Turut berada di tangga tiga terbawah bersama Krisya adalah Mark Adam dan Shae. 

Sementara itu, Iskandar Ismail pula berjaya menduduki tangga pertama selepas menyampaikan lagi Golimar. 

Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kelapan:

Freshies - Tupai

Datuk Ramli M.S: Sengaja di beri supaya buka minda sebab akan ada genre-genre yang susah dan perserta makin berkirang, jadi kamu kena faham apa itu muzik dan ia ada banyak karakter. Yang ini lepas. Kalau tujuh minggu keras macam kayu tapi saya gembira dengan pembukaan. 


Krisya - Makan 

Hetty Koes Endang: Cukup menghibur. Sebagai penyanyi bila ada tema begini kita kena mengubah karakter kita. Kita kena baca lirik untuk kita tahu karakter lagu itu. Untuk kamu saya cukup terhibur tapi kena ubah karakter jika dapat lagu begini. 


Ruri Repvblik - La Obe

Datuk Syafinaz Selamat: Nampak seronok, adakah lagu ini melekat di jiwa? Saya nampak awak seronok di pentas. Saya nampak perubahan itu, awak ada interaksi dengan penonton. Awak kena tahu maksud disebalik lagu itu. 


Nubhan - Cicak 

Datuk Ramli M.S: Tak tahu sebut betul ke tidak tapi yang penting karakter. Tapi bila dapat lagu macam ni tinggalkan teknik nyanyi lagu balada. Kena ubah dari segi nyanyian. Saya suka kerja keras kamu, ia sangat berbeza dengan tujuh minggu lepas. Dapat lagu macam ni lupakan apa yang nyanyi balada semua tu. 



Shae - Stecu Stecu

Hetty Koes Endang: Saya terhibur, tapi saya masih mencari suara kamu. Boleh main-main tapi kena hati-hati sebab ada part yang sharp. 

Datuk Syafinaz Selamat: Hari ni saya masih boleh mendegar kemerduan kamu, saya harap kamu boleh fokus pada nyanyian sebab merdu kita boleh dengar. Boleh ada karakter tapi kena ada merdu juga dalam nyanyian kamu. 



Mel Sakura - Calcutta (Taxi Taxi Taxi)

Datuk Syafinaz Selamat: Saya harap awak boleh guna lebih sikit prop itu, sebab kalau ada disitu tak guna ia macam rugi. Saya rasa untuk vokal kamu nampak selesa untuk lagu ini. Saya rasa ada bahagian dalam lagu ini ada yang awak boleh warnakan. 


Mendua - Nessun Dorma   (Hetty Koes Endang Standing Ovation) 

Hetty Koes Endang: Saya rasa tidak adil sebab lagu Mendua susah sekali. Range lagu ini sangat lebar. Saya memberi fokus kepada nyanyian kamu bertiga menunggu salah tapi kamu berjaya. Ini adalah contoh untuk semua peserta untuk berikan terbaik dalam setiap persembahan. Gebrekkkk. 

Datuk Syafinaz Selamat: Betul lagu ni sangat-sangat susah untuk seorang tanor nyanyikan dan berbeza dengan lagu orang lain. Saya rasa ini satu percubaan yang sangat baik daripada anda bertiga. 


Iskandar Ismail - Golimar

Datuk Syafinaz Selamat: Cabaran lagu ini adalah sebutan tapi awak tak tengok pun prompter. Jadi nampak semangat yang awak nak buat yang terbaik. 

Persembahan ini nampak berjalan dengan lancar, bila awak hafal lirik nampak persembahan senang sebab awak fokus pada persembahan sahaja. Dan wow awak boleh menari, saya nampak pergerakkan awak sangat natural. Saya terhibur dengan persembahan awak.


Mark Adam - Cari Tapak

Datuk Ramli M.S: Bila you masuk tadi sangat Stylo dan saya nampak apa yang anda buat itu tadi anda betul-betul berlatih, cuma lirik itu susah dan ada salah. 
 

Berikut adalah keputusan penuh peserta GV12 mengikut ranking:

 

Must-Watch Video

Advertisement