Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12 Recap: Suara Power! Nubhan Rampas Tangga Pertama Dengan 74.50%! Krisya Tersingkir... Semak Markah Penuh Minggu Ke-9

Gegar Vaganza 12 Recap Nubhan tangga pertama

Sekilas

  • Krisya diumumkan tersingkir dari Gegar Vaganza 12 selepas mendapat markah terendah 54.50% dengan lagu Hening Rindu.
  • Nubhan menduduki tempat pertama minggu ini dengan lagu Bukan Lagi Kita, menerima pujian juri atas persembahan dan vokal yang mantap.
  • GV12 bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka, dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Krisya Akur apabila namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Menyanyikan lagu Hening Rindu nyanyian asal Marsha Milan, Krisya hanya mampu memperoleh markah sebanyak 54.50 peratus daripada juri tetap. 

Turut berada di tangga tiga terbawah bersama Krisya adalah Mell Sakura dan Shae. 

Sementara itu, Nubhan pula berjaya menduduki tangga pertama selepas menyampaikan lagu Bukan Lagi Kita. 

Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kesembilan:


1.Nubhan - Bukan Lagi Kita (74.50%)

Datuk Syafinaz: “Lagu ini sangat susah, tak ada noktah, bersambung sambung. Pada saya persembahan hari ini energinya sampai, perasaanya sampai, vokalnya sampai. Persembahan ini sangat baik,”

 

2.Mark Adam - Rindu Serindu Rindunya (73.50%)

Hetty Koes Endang: “Setiap lagu kamu selalu menampilkan yang lain. Jadi konsep kamu menurut saya 100,”


3.Iskandar Ismail - Luka Seribu Rindu (67.50%)

Datuk Syafinaz Selamat: “Minggu ini nampak ekspresi lebih baik. Baru ada penceritaan. Anda boleh bermain dengan dinamik cuma untuk persembahan jangan sembunyi, boleh ke depan,”


4.Ruri Repvblik - Better Man (66.00%)

Datuk Ramli M.S: “Saya suka suara yang rendah itu sangat maskulin. Apa sahaja lagu yang kamu nyanyi, feel itu memang ada cuma kamu haris banyakkan lagi dari segi teknikal,”


5.Freshies - Kitalah Bintang (61.00%)

Hetty Koes Endang: “Ini lagu rock, anda sudah mahu mencuba itu sudah bagus , tetapi unsur rocknya lebih afdal kalau gunakan stand mic”


6.Mendua - Koi Mil Gaya (60.75%)

Hetty Koes Endang: “Melihat dari konsep anda sudah masuk, koreonya juga bagus. Walaupun kagu hindustan harmoninya tetap ada,”


7.Mel Sakura - Rolling In The Deep (60.75%)

Datuk Ramli M.S: “Lagu ini kena ada groove jadi not to bad, pembahagian dinamik yang ini kurang sikit,”


8.Shae - Toxic (56.25%)

Datuk Ramli M.S: “Hari ini pitch kamu agak okay. Saya banyak dengar suara tekak, jadi bunyi suara itu tengik,” 


9.Krisya - Hening Rindu (54.50%)

Datuk Syafinaz Selamat: “Frasa anda lebih baik sekarang, kena jaga hujung hujunh frasa sebab kadang kadang pitch awak drop. Nyanyi okay bila dalam satu line, tapi bila hujung tu turun pitchnya,”


Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

 

Must-Watch Video

Advertisement