Skip to main content

Rancangan Realiti

Gegar Vaganza 12: Selangkah Ke Suku Akhir, Krisya Reda Tiada Rezeki - “Terima Kasih Kerana Memberi Komen Yang Membina”

hhffh

Sekilas

  • Krisya tersingkir pada minggu kesembilan Gegar Vaganza musim ke-12 selepas persembahan lagu Hening Rindu.
  • Nubhan menduduki tempat pertama minggu ini, diikuti Mark Adam dan Iskandar Ismail dalam tiga teratas.
  • GV12 dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, disiarkan secara langsung di Astro Ria setiap Ahad jam 9 malam mulai 2 November 2025.

Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) menyaksikan Krisya sebagai bintang yang tersingkir di minggu kesembilan.

Menyanyikan lagu Hening Rindu nyanyian asal Marsha Milan, Krisya akur dengan keputusan tersebut.

“Terima kasih para juri kerana memberi komen yang membina,” ujarnya

Turut berada di kedudukan tiga terbawah bersama Krisya adalah Mell Sakura dan Shae.

Sementara itu, minggu kesembilan juga menyaksikan Nubhan berada di kedudukan pertama.

Turut berada di tangga tiga teratas adalah Mark Adam dan Iskandar Ismail

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement