Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Sherry Alhadad 'Bersanding' Di MBSA

Que Haidar

Kehadiran pelakon popular, Que Haidar, di pentas Gegar Vaganza 12 (GV12) nyata mencuri perhatian ramai apabila suasana di MBSA Shah Alam bertukar meriah sebaik sahaja dia muncul dalam persembahan pembukaan.

Que, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, membuat kemunculan khas ketika Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad membuka tirai malam tersebut dengan semasa menyampaikan lagu Jamilah.

Suasana di MBSA semakin gamat apabila Que juga keluar membawa kek sempena menyambut hari kelahiran Sherry.

Lebih mencuit hati, Sherry dan Que sempat “mengadakan majlis kahwin kecil-kecilan” di atas pentas sebagai gurauan spontan, membuatkan dewan terus riuh. 

Momen tersebut disempurnakan lagi apabila juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat mendendangkan lagu Selamat Pengantin Baru  buat mereka berdua.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Must-Watch Video

Advertisement