Hos Gegar Vaganza 12 (GV12), Sherry Alhadad menyorot perhatian penonton di MBSA selepas terjatuh ketika menari bersama bintang GV12, Mark Adam.
Sherry terjatuh ketika cuba gerakan yang dilakuan Mark Adam semasa menyampaikan lagu Mambo No.5 nyanyian asal Lou Bega.
Jelas Sherry, dia sudah cuba untuk berhati-hati namun akhirnya terjatuh.
“Dah cakap kat Mark tak boleh tapi dia suruh lepaskan sahaja, akhirnya terjatuh (tertawa),” kata Sherry.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.