Skip to main content

Rancangan Realiti

Gegar Vaganza 12: SHY8 Terselamat! 13 Bintang Mara Ke Minggu Kolaboranza

fgfgh

Ringkasan AI

  • Nubhan muncul juara carta mingguan Gegar Vaganza musim ke-12 minggu ketiga dengan lagu Bintang.
  • Iskandar Ismail dan Mendua masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
  • Tiga peserta tercorot ialah Datuk Elaine Kang, Shae, dan Shy8, namun tiada penyingkiran minggu ini.
  • GV12 menampilkan 13 peserta dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura dengan juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS.
  • Konsert GV12 bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) minggu ketiga sudah pun melabuhkan tirai dengan dengan Nubhan berjaya mengungguli carta mingguan dengan markah tertinggi menerusi lagu Bintang nyanyian asal Budak Kaca Mata.

Sementara itu, Iskandar Ismail berjaya meraih kedudukan kedua buat kali kedua menerusi lagu Bourgenvilla nyanyian kumpulan Spring.

Manakala, Mendua yang mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu, menduduki tempat ketiga.

Tiga peserta yang berada di kedudukan terendah ialah Datuk Elaine Kang diikuti Shae dan Shy8. 

Walau bagaimanapun, Shy8 menarik lafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan dengan kesemua 13 peserta mara ke minggu ketika GV12.

Bertemakan ‘Flagship Songs’, berikut kedudukan penuh berdasarkan markah keseluruhan minggu ketiga:

  1. Nubhan
  2. Iskandar Ismail
  3. Mendua
  4. Mark Adam
  5. Korie
  6. Krisya
  7. Rahmat Ekamatra
  8. Mell Sakura
  9. Freshies
  10. Ruri Republik
  11. Datuk Elaine Kang
  12. Shae
  13. Shy8
dvdf

13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement