Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Tak Fikir Tentang Duit, Mendua Syukur Naib Juara - “18 Tahun Tak Nyanyi Bersama, Tiba-Tiba…”

Mendua naib juara GV12

Sekilas

  • Kumpulan Mendua dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza Musim Ke-12 selepas hampir 18 tahun tidak aktif bersama.
  • Anggota kumpulan, Pungki, menyifatkan pengalaman dan kenangan sepanjang GV12 lebih bermakna daripada wang kemenangan RM50,000.
  • Iskandar Ismail muncul juara GV12, diikuti Mendua di tempat kedua dan Nubhan di tempat ketiga.

Kumpulan trio popular, Mendua, meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza Musim Ke-12 (GV12).

Kemenangan itu sekali gus menandakan satu pencapaian luar biasa buat anggotanya iaitu Pungky, Diana dan Sasha selepas hampir dua dekad mereka tidak aktif bersama.

Menurut anggota kumpulannya iaitu Pungky, penyertaan mereka dalam GV12 merupakan satu kejutan memandangkan mereka sudah 18 tahun tidak bertemu dan menyanyi bersama.

“Kami rasa sangat bersyukur kerana untuk sebuah kumpulan yang sudah 18 tahun tidak bertemu dan menyanyi bersama.

“Tiba-tiba masu GV12, kami dinobatkan sebagai naib juara itu sangat luar biasa bagi kami. Bersyukur alhamdulillah, terima kasih Allah.

“Kami tak nyanyi bersama kerana masing-masing mempunyai dunia yang berbeza dan kesibukan sendiri.

“Dalam 18 tahun itu mungkin bertemu untuk reunion hanya dalam empat kali sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai wang kemenangan bernilai RM50,000, Mendua berkata pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang GV12 jauh lebih bermakna berbanding nilai material.

“Yang kami lihat bukan angka tapi yang kami lihat adalah aprisiasi, kenang-kenangan atau memori di GV12.

“Kerana kalau orang kata RM50,000 itu jumlahnya besar untuk kami… Tidak sebesar dengan pengalaman dan kenangan yang kami terima.

“Duit cepat habis, beli barang sahaja boleh habis tapi kalau memori, last forever. Dapat kenal orang baru, dapat ilmu baru, tiada harganya,” jelasnya.

Gegar Vaganza 12 menyaksikan Iskandar Ismail dinobatkan sebagai juara, tempat kedua menjadi milik Mendua, manakala Nubhan pula meraih tempat ketiga.

Sementara itu, Mark Adam dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, satu-satunya finalis wanita iaitu Mell Sakura pula ditempat kelima dan Ruri Repvblik ditempat keenam.

Must-Watch Video

Advertisement