Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 13: Bukan Mahu Bersaing, Mawi Sertai Sebab Nak...

Gegar Vaganza 13: Bukan Mahu Bersaing, Mawi Sertai Sebab Nak...

Sekilas

  • Mawi sertai Gegar Vaganza 13 untuk berkumpul semula dengan rakan-rakan alumni Akademi Fantasia tanpa tekanan pertandingan.
  • Dia anggap penyertaannya sebagai hari keluarga AF dan lebih fokus untuk buat show daripada bersaing.
  • Selain Mawi, peserta GV13 termasuk Vince, Zahid, Faizal, Mila, Stacy, dan Faizul.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza 13 (GV13), Mawi mengakui penyertaannya dalam program tersebut sekadar mahu berkumpul bersama rakan-rakan alumni Akademi Fantasia sahaja.

Mawi berkata, dia melihat penyertaan tersebut seperti sebuah pertemuan keluarga besar AF selepas sekian lama mereka membawa haluan masing-masing.

Advertisement

“Akademi Fantasia ini kan dah lama. Bila digabungkan semua juara-juara, saya rasa macam hari keluarga AF.

“Saya tahu ini memang format pertandingan, tapi saya tak nak anggap ia sebagai pertandingan. Saya nak anggap ia macam kumpul hari keluarga, buat show,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut, Mawi menjelaskan bahawa sebelum ini dia pernah menerima peluang untuk menyertai Gegar Vanganza namun memilih untuk tidak mengambil bahagian kerana tidak mahu terikat dengan tekanan dan persaingan.

Advertisement

“Sebelum ini ada, cuma saya tak nak sebab saya tak mahu masuk pertandingan. Saya lebih enjoy untuk buat show sebab tak perlu ada tekanan atau saingan.

“Jadi saya masuk demi kawan-kawan AF,” ujarnya.

Selain Mawi, turut bersaing dalam GV13 kali ini adalah Vince, Zahid, Faizal, Mila, Stacy, dan Faizul.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement