Skip to main content

Selebriti

Gegar Vaganza Fantasia Bakal Buka Tirai, Hot Seat Jadi Milik Siapa?

Gegar Vaganza Fantasia Bakal Buka Tirai, Hot Seat Jadi Milik Siapa?

Sekilas

  • Gegar Vaganza Fantasia bakal bermula dengan menampilkan semua juara Akademi Fantasia dari musim pertama hingga terakhir dalam satu program.
  • Musim ini menampilkan barisan peserta hebat termasuk Mawi, Vince, Faizal, Stacy dan lain-lain, dengan trio hos Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad mengemudi rancangan.
  • Program selama 11 minggu ini akan disiarkan setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO serta Sooka.
Advertisement

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum rancangan realiti hiburan paling ditunggu-tunggu iaitu Gegar Vaganza Fantasia membuka tirai.

Istimewanya tahun ini, Gegar Vaganza Fantasia menampilkan kesemua juara program fenomena Akademi Fantasia daripada musim pertama hingga yang terakhir.

Advertisement

Sudah pastinya ramai yang ternanti-nantikan siapakah empat bintang yang bakal mengisi hot seat yang diperkenalkan kali ini.

Antara nama yang menjadi bualan netizen adalah Hazama (AF9), Sufie Rashid (AF2015) dan Amir Masdi (AF2016).

Bagaimanapun tidak terhad hanya kepada juara, netizen juga turut mencadangkan nama naib juara dan pemenang tempat ketiga AF antaranya Akim Ahmad, Farah dan Farhan.

Advertisement

Namun adakah nama yang diteka itu benar-benar bakal menjadi bintang Gegar Vaganza Fantasia?

Segalanya akan terjawab hari ini.

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement