Skip to main content

Hiburan

Gelagat Fattah Amin Ketika Menjual Di Live TikTok Bikin Amira Othman & Netizen Berdekah - “Dia Mari Dengan Goggle Guys”

Gelagat Fattah Amin Ketika Menjual Di Live TikTok Bikin Amira Othman & Netizen Berdekah - “Dia Mari Dengan Goggle Guys”

Sekilas

  • Fattah Amin dan Amira Othman mencuri perhatian ramai dengan gelagat mereka sewaktu berniaga secara langsung di TikTok pada Ahad.
  • Fattah muncul secara tiba-tiba di belakang Amira sambil memakai goggle dan melakukan gaya renang, menyebabkan Amira ketawa terbahak-bahak.
  • Video tersebut mendapat reaksi positif ramai pengguna yang terhibur dengan aksi spontan pelakon KL Special Force itu.
Advertisement

Gaya pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman sewaktu berniaga ketika sesi siaran langsung di TikTok pada Ahad telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik semula seorang pengguna di Threads, dapat dilihat Amira yang sedang menzahirkan ucapan terima kasih buat pembeli didatangi Fattah dari bahagian belakang.

Advertisement

Apa yang mencuit hati ramai adalah, pelakon filem KL Special Force itu dilihat mengenakan ‘goggle’ sambil melakukan gaya renang ketika memunculkan dirinya di belakang Amira.

Amira yang melihat situasi itu kemudiannya tidak menahan gelak sebelum ketawa terbahak-bahak.

“Dia mari dengan goggle guys,” ujar Amira.

“Hahaha tak expect betul Kak Mira bila Fattah pakai goggle, berdekah gelak,” tulis individu tersebut.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat Fattah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement